Ahad, 24 April 2016

#PRNSarawak : “Sarawak For Sarawakian” Tolak DAP

image

KALAU diikut dari beberapa kenyataan, DAP Sarawak dan gerakan ala-ala pemisah, S4S (Sarawak For Sarawakian) ini memang tidak ada kaitan.
Digambarkan begitulah, nak bagi nampak kukuh, adalah penafian sana sikit, sini sikit oleh pemimpin masing-masing.  Malah dah digembar-gemburkan di sana sini dalam negeri tersebut, betapa S4S ‘menolak’ DAP.
Perjuangan puak S4S ini seperti yang diketahui umum adalah untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia melalui penggubalan Akta Referendum (pungutan suara).
Tapi itu katanya setakat di permukaan sedangkan dibawah, kelihatan macam saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Menyokong hujah ini mudah saja, walaupun banyak penafian dibuat DAP mengenai kaitan parti itu dengan gerakan tersebut, tapi ketika S4S menganjurkan perhimpunan pada 22 Julai 2015, DAP turut sama.  Malah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen seperti dipetik media disini (para akhir) menyifatkan S4S dan kehadiran DAP (dalam perhimpuan tersebut) adalah saling lengkap melengkapi!!
Tambah lagi, ada dakwaan bahawa majoriti penyokong S4S adalah terdiri dari ahli DAP  Buktinya, DUN dimana DAP menang terutama di sekitar bandar Kuching, gerakan S4S ini begitu ‘subur’ sekali nampaknya, dengan lambang pergerakan tersebut hampir boleh dijumpai dengan mudah, terlekat pada kereta.
Jadi ada kaitan atau tidak ada kaitan DAP dengan S4S ni?  Cakaplah terus terang!!
Sebetulnya, ramai berpandangan ‘drama’ DAP dan S4S ini tidak ubah seperti drama Pakatan Harapan juga.  Kata berkomponen tapi bertanding guna lambang masing-masing dan ada beberapa tempat dalam PRU13 yang lepas, sama-sama Pakatan bertanding lawan sesama sendiri, disamping BN.
Yang ini pun lebih kurang, kata tak sokong tapi banyak bukti menunjukkan mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.  Kenapa jadi begitu?  Sebab idea yang dipelopori gerakan S4S (bawa Sarawak keluar dari Malaysia) ini terlalu ekstrem untuk dikaitkan dengan DAP secara langsung, sebab itu kena “buat buat tak kenal” gitu.
Apa pun semoga rakyat Sarawak tidak tertipu dengan permainan politik yang macam ini (kalau betul ia wujud) sehingga membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan 7 Mei nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan