Ahad, 24 April 2016

#PRN Sarawak Jangan Ganggu Keadaan Politik Sarawak


image

Politik pembangunan sedang dilaksanakan kerajaan Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Pusat tidak perlu diganggu oleh sebarang anasir luar yang tidak tahu keadaan politik negeri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata tindakan menyekat beberapa individu daripada masuk ke negeri ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian Sarawak.
“Di sini (Sarawak), tiada sebarang masalah politik. Tetapi ada pihak yang datang, sengaja ingin menimbulkan masalah. Kita sudah aman…kita tidak mahu politik pembangunan yang sedang dilaksanakan diganggu-gugat oleh pihak luar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin di Rumah Panjang Sungai Buluh di sini hari ini.
Program anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, membawa 15 Felo Muda Perpaduan Nasional untuk memahami budaya masyarakat Sarawak khususnya di rumah panjang.
Mengulas lanjut, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, berkata masih banyak pembangunan diperlukan oleh Sarawak memandangkan keadaan geografi negeri yang luas.
Nancy berkata, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan 53 inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.
“Hanya orang Sarawak faham apa keperluan rakyat negeri ini. Kami tidak perlukan orang luar yang tidak faham cara kita…paling penting orang Sarawak tidak dapat terima budaya ekstrim dibawa ke negeri ini,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan