Khamis, 20 Ogos 2015

Cara mengeluarkan wang tabung haji menggunakan kad atm maybank

Kemudahan untuk masuk dan keluar duit ke akaun Tabung Haji melalui 2 cara.

1 maybank2u 
2 mesin ATM.

- Cara berurusan akaun Tabung Haji guna mesin ATM Maybank. Sebelum tu, mestilah mempunyai akaun Maybank dan akaun Tabung Haji.

-  'Link' kan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Mula-mula pergi mesin ATM Maybank dan masukan kad ATM dan password macam biasa.

2. Bila dah masuk menu utama, pilih sub-menu TABUNG HAJI (refer gambar bawah)





3. Lepas tu pilih menu DAFTAR AKAUN TABUNG HAJI KE ATM (rujuk gambar di bawah)





4. Nanti keluar skrin yang mintak anda masukkan NOMBOR AKAUN TABUNG HAJI (rujuk gambar di bawah)





5. Skrin yang seterusnya akan minta anda masukan NOMBOR SIRI BUKU SIMPANAN TABUNG HAJI ANDA.

Sekarang anda dah boleh guna kad ATM Maybank untuk buat transaksi duit masuk dan keluar melalui akaun Maybank....termasuk juga menyemak baki semasa akaun Tabung Haji anda.

Selain itu, melalui mesin ATM kita juga boleh mendaftar dengan Tabung Haji untuk urusan mengerjakan haji. 

11 ulasan:

  1. Kalau nk keluarkan duit dalam tabung haji guna kad maybank caranya sama atau lain?

    BalasPadam
  2. No siri tu yg star tu pon nak msukkan skali ke..atau 6 digit yg blakang tu je

    BalasPadam
  3. Nak keluarkan duit dri Maybank mcm mana ye?

    BalasPadam
  4. kenapa yang saya hari ini tak dapat keluarkan duit? dia tulis baki tidak mencukupi , tapi saya cek masih ada baki lebih? boleh tolong jelaskan tak?

    BalasPadam
  5. No siri tuh dekat mno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la x th kt mana nk siri tu

      Padam
    2. Dekat buku akaun tabung haji, buka halaman first sekali, ada di bawah bahagian nama penyimpan

      Padam
  6. Saya dah link kan Akaun TH dengan kad atm Maybank. Dua kali saya gunakan kad atm Maybank untuk keluarkan tunai dari TH. Rupa²nya tunai dikeluarkan dari akaun saving Maybank saya bukannya dari akaun TH seperti yang saya kehendaki.Amacam...smart partner mmm

    BalasPadam