Jumaat, 31 Julai 2015

Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2015

Sambutan hari pahlawan yang diadakan dengan penuh adat istiadat kepahlawanan bagi memperingati jasa pasukan keselamatan yang berjuang dan berkorban demi kemakmuran negara.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan upacara yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur..


Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Op Sepadu: Imigresen Tahan 160 PATI





Imigresen Kedah menahan 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Sepadu di tapak pembinaan di Bandar Puteri Jaya Fasa 13, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Sabri Zainal berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, PATI berusia antara dua hingga 50 tahun dari pelbagai warganegara ditangkap.

Mereka yang ditahan ialah 11 lelaki dan empat wanita Indonesia, 17 lelaki Bangladesh, 74 lelaki Nepal serta 52 lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun warga Myanmar.

Kesemua Pati dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Siasatan awal mendapati 156 PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1964 (Pindaan 2002) manakala empat lagi atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Imigresen 1959/1963 kerana tinggal melebihi tempoh.