Jumaat, 31 Julai 2015

Op Sepadu: Imigresen Tahan 160 PATI





Imigresen Kedah menahan 160 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Sepadu di tapak pembinaan di Bandar Puteri Jaya Fasa 13, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Sabri Zainal berkata, dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi itu, PATI berusia antara dua hingga 50 tahun dari pelbagai warganegara ditangkap.

Mereka yang ditahan ialah 11 lelaki dan empat wanita Indonesia, 17 lelaki Bangladesh, 74 lelaki Nepal serta 52 lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun warga Myanmar.

Kesemua Pati dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Siasatan awal mendapati 156 PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1964 (Pindaan 2002) manakala empat lagi atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Imigresen 1959/1963 kerana tinggal melebihi tempoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan