Khamis, 20 Ogos 2015

Mukhriz cadang GST turun 3 peratus

Mukhriz Tun Dr Mahathir

Alor Setar - Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya menurunkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kadar tiga peratus itu dicadang kekal untuk beberapa tahun sehingga rakyat sudah biasa dengan cukai terbabit.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu pertimbangkan supaya dapat mengagihkan hasil daripada GST itu kepada negeri yang miskin seperti Kedah. Ia tidak pelik kerana telah pun diamalkan di Australia. Katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Beliau berharap kerana terdapat banyak rungutan dan aduan daripada rakyat tentang bebanan yang terpaksa ditanggung akibat pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan