Khamis, 28 April 2016

Lagi Murid dipatuk ular


JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan mengesahkan seorang lagi murid menjadi mangsa patukan ular ketika berada di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai, dekat Pasir Gudang semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan segera.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, pada kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa yang mengikuti persekolahan sesi petang, sedang berada seorang diri di tandas tingkat tiga sekolah berkenaan.
Katanya, sebaik menyedari diri dipatuk di tapak tangan kiri, murid berkenaan terus memaklumkan kejadian kepada gurunya, yang kemudian bertindak menghantar mangsa ke sebuah klinik 1Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.
"Keadaannya sudah stabil kerana ular tersebut tidak berbisa dan pihak sekolah juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari ular berkenaan di kawasan tersebut.
"Kita mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana bertindak pantas dalam kejadian ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan