Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir bagi mengiringi Tan Sri Adenan Satem
untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada
proses penamaan calon yang ditetapkan hari ini.
Turut bersama
beliau ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mereka turut bersolat
sunat sebelum bergerak ke pusat penamaan calon berkenaan.
Hari penamaan
calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, terbesar dalam sejarah negeri
berkenaan, ditetapkan hari ini manakala pengundian pada 7 Mei ini.
Adenan setakat
ini merupakan faktor kemenangan dan penarik paling besar bagi BN di negeri
terbesar ini dengan populariti dan jalinan mesra rakyat dengan kerajaan terserlah
serta mencerminkan impak berkesan dalam tempoh yang singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan