Selasa, 26 April 2016

#PRNSarawak: Pembangkang Tiada Persefahaman Peluang Cerah BN Menang

image

Tiada persefahaman antara DAP dengan PKR tentang pembahagian kerusi serta sikap suka sabotaj antara satu sama lain memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau boleh ‘membaca’ bahawa peluang pembangkang untuk memenangi PRN-11 amat rendah berdasarkan situasi yang berlaku melibatkan parti-parti komponennya.

Ini menunjukkan petanda baik apabila kesemua 82 calon kami diiktiraf layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan difahamkan dua kawasan Barisan Nasional diumumkan menang tanpa bertanding iaitu di Bukit Sari (Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) dan Bukit Kota (Dr. Abdul Rahman Ismail).

“Saya fikir (punca kelemahan pembangkang) tidak persefahaman pendapat apabila DAP menentang PKR atau mereka meletak calon Bebas untuk menentang antara satu sama lain.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri. Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau adalah penyandang kerusi N3. Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dan disahkan bakal bersaing dengan calon PKR, Jazolki pli Numen, 51, bagi merebut semula kerusi tersebut pada PRN-11.

Dalam pada itu Adenan memberitahu, beliau mempunyai pelan besar untuk dilaksanakan di kawasan Tanjung Datu pada masa depan.

“Sebab itu, saya kata tempoh dua tahun (sebagai Ketua Menteri) tidak cukup, kami (kerajaan) ada rancangan untuk pembangunan di bandar dan luar bandar. Pelan keseluruhan untuk Lundu dan Sematan bermula dengan projek tebingan Lundu serta Sematan,” katanya.

1 ulasan: