SERDANG: Seorang
pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat
anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20
orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.
Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.
Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.
Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.
Sugumaran
dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah
kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.
Keadaan
trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan
kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.
Selepas
menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran
berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan
keatas mangsa.
"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.
"20 ke
30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring
dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang
merupakan jiran Sugumaran.
Saksi
ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit
antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di
Batu 12, Hulu Langat.
Hampir
20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran
berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat
mangsa.
Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.
Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.
Pertengkaran
berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari
masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari."
Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.
Moohanarajan,
seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas
membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran
kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk
kunyit ke muka mangsa.
Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.
Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
"Dia
tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata
dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.
Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.
Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.
"Mungkin
dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah
membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak
menyatakan puncanya.
Peguam
keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat
mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat
banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".
Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.
Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.
Ketua
Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan
memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang
dijangkakan malam ini.
"Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan