Rabu, 30 Januari 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN INTEGRITI ATM

Ditulis oleh Lt Keshvinder   
Majlis Pelancaran Buku Pelan Integriti ATM telah diadakan pada 30 Jan 13 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.  Turut serta pada majlis tersebut adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan, para pegawai serta anggota dari ketiga-tiga Perkhidmatan.
Kelahiran Buku Pelan Integriti ATM adalah sejajar dengan inspirasi kepimpinan negara yang berkehendakkan setiap agensi kerajaan khususnya ATM untuk mempratikkan pelan tindakan bagi meningkatkan dan mengukuhkan integriti serta nilai-nilai etika di kalangan warganya.  Berlandaskan semangat Pelan Integriti Nasional, pelan tindakan yang dirancang secara komprehensif dan pragmatik dilihat mampu memperkasakan lagi agenda pengurusan dan pentadbiran ATM di tahap terbaik dan cemerlang.  Pelan Integriti ini dilihat mampu membentuk keperibadian yang unggul di kalangan warga ATM serta dapat memupuk sikap tanggungjawab bagi memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan