Rabu, 23 Januari 2013

Suratan atau kebetulan

Suratan atau Kebetulan. Skandal 'Wawa', Bank Islam dan Khalid Ibrahim. mymassavoice | 11:45 PG | Ini gambar Wawa Zainal, sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan 'Wawa' PKR. Semalam dilaporkan Bank Islam (BIMB) membuat laporan polis terhadap bekas kakitangannya, Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran. Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut. "Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah. Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan