Rabu, 23 Januari 2013

Jati Gesa KDN Bertindak Tegas Dalam Isu Kalimah Allah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam pengeluaran Bible berbahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah demi menjaga kerukunan hidup rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata tindakan itu termasuk menarik balik lesen percetakan pihak terbabit selain melakukan pemantauan yang menyeluruh bagi mengekang penyebaran buku tersebut. “Saya mendapati dua buku yang bertajuk ‘Perjanjian Baru Edisi Merdeka ke 50′ cetakan pada tahun 2007 dan ‘Kitab Suci Zabur dan Injil’ cetakan pada tahun 2008 mengandungi banyak bahasa dan kalimah Allah yang diulang-ulang…pencetakan buku ini terus berlaku,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini Selasa. Turut hadir Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Presiden Pertubuhan Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad. Menurutnya dalam konteks ketenteraman awam, Jati berpandangan KDN tidak perlu menunggu sehingga wujudnya tanda-tanda gangguan namun lebih menekankan kepada darjah sensitiviti isu kalimah Allah kerana lebih 60 peratus rakyat Malaysia berbangsa Melayu beragama Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan