Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku insiden di luar batasan seperti mana yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
PDRM sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 sekiranya PM membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.
Bagi mempertingkatkan aspek keselamatan, kita meminta kepada mana-mana parti-parti politik untuk mematuhi Akta Perhimpunan Aman semasa berkempen. Sesiapa yang berdegil, polis akan mengambil tindakan berpandukan undang-undang sedia ada," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan