Jumaat, 8 Februari 2013

Kemaluan perogol dipotong?



 Dhaka menyiarkan seorang wanita berusia 40 tahun  bertindak memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya. Kemaluan itu kemudiannya dibawa ke balai polis sebagai bukti.

Ketua Polis daerah, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di Jhalakathi, malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan