Sabtu, 2 Februari 2013

2 Tahanan lolos dapat bantuan untuk sembunyi?

BUKIT MERTAJAM – Polis tidak menolak kemungkinan dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth bulan lepas, mendapat bantuan pihak lain untuk bersembunyi.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar meminta orang ramai terutama keluarga dan kenalan terdekat dua lelaki yang diburu itu supaya tidak menghulurkan bantuan kepada mereka.

"Sebelum ini tahanan lain turut dibantu rakan mereka sebelum berjaya ditahan polis,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat II sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2013, di
Tol Juru, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yakin kedua-dua tahanan yang diburu itu masih bersembunyi di negeri ini dan polis kini meningkatkan usaha memburu mereka.
"Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh, saya percaya kami akan dapat tahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan