Sabtu, 2 Februari 2013

10,000 POLIS SEDIA UNTUK PRU-13

KOTA KINABALU: PDRM menasihatkan semua parti politik di negeri itu mematuhi undang-undang ketika berkempen sempena PRU ke-13 nanti.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku insiden di luar batasan seperti mana yang  termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

PDRM sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 sekiranya PM membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.

Bagi mempertingkatkan aspek keselamatan, kita meminta kepada mana-mana  parti-parti politik untuk mematuhi Akta Perhimpunan Aman semasa berkempen. Sesiapa yang berdegil, polis akan mengambil tindakan berpandukan undang-undang sedia ada," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan