#PRK Kajang: Nombor Telefon Pimpinan KEADILAN Digodam.......!!!???
KEADILAN sengaja mendakwa bahawa telah menerima maklumat
bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB
Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked). Didakwa banyak SMS yang
menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh
pimpinan KEADILAN. Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej
sebegitu, dan KEADILAN menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak
tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas
hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat. Usahlah guna taktik sebegini, mari
bertarung di pentas politik yang sah! suarabertaut melihat lakonan dan
sandiwara ini sengaja ditimbulkan bagi meraih simpati pengundi Kajang terhadap
calon PKR. Adalah diharap agar pengundi Kajang tidak mudah terpedaya dengan
strategi dan taktik lapuk pihak pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan