Ditulis oleh Lt Keshvinder |
Majlis Pelancaran Buku Pelan Integriti
ATM telah diadakan pada 30 Jan 13 bertempat di Auditorium Kementerian
Pertahanan, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima
Angkatan Tentera. Turut serta pada majlis tersebut adalah
Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan, para pegawai serta
anggota dari ketiga-tiga Perkhidmatan.
Kelahiran Buku Pelan Integriti ATM
adalah sejajar dengan inspirasi kepimpinan negara yang berkehendakkan
setiap agensi kerajaan khususnya ATM untuk mempratikkan pelan tindakan
bagi meningkatkan dan mengukuhkan integriti serta nilai-nilai etika di
kalangan warganya. Berlandaskan semangat Pelan Integriti Nasional,
pelan tindakan yang dirancang secara komprehensif dan pragmatik dilihat
mampu memperkasakan lagi agenda pengurusan dan pentadbiran ATM di tahap
terbaik dan cemerlang. Pelan Integriti ini dilihat mampu membentuk
keperibadian yang unggul di kalangan warga ATM serta dapat memupuk sikap
tanggungjawab bagi memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
|
Rabu, 30 Januari 2013
MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN INTEGRITI ATM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan