Khamis, 31 Januari 2013

Thailand sekat 200 orang Rohingya

Rohingya
Pelarian Rohingya disekat dari masuki Thailand.

BANGKOK - Tentera laut Thailand menyekat kapal membawa lebih 200 pelarian Rohingya dari memasuki negara itu selepas mereka mencetuskan keganasan di barat Myanmar, tiga hari lalu.

Pegawai polis tempatan berkata, tindakan keras itu dilaksanakan bagi mengekang perkara sama berlaku di Thailand.

“Kami menemui mereka kira-kira 40 kilometer dari tanah besar dan terpaksa menghalang mereka dari memasuki negara ini.

Sementara itu, tentera Myanmar menembak mati seorang penduduk dalam satu rusuhan melibatkan penduduk Islam di wilayah bergolak Rakhine, kelmarin.

Insiden itu berlaku, di kawasan majoriti etnik Rohingya yang beragama Islam.

Pegawai tentera berkata, seramai 20 penduduk Rohingya cuba menyerang tentera dan rusuhan tersebut.

Rabu, 30 Januari 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN INTEGRITI ATM

Ditulis oleh Lt Keshvinder   
Majlis Pelancaran Buku Pelan Integriti ATM telah diadakan pada 30 Jan 13 bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.  Turut serta pada majlis tersebut adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Pegawai Kanan, para pegawai serta anggota dari ketiga-tiga Perkhidmatan.
Kelahiran Buku Pelan Integriti ATM adalah sejajar dengan inspirasi kepimpinan negara yang berkehendakkan setiap agensi kerajaan khususnya ATM untuk mempratikkan pelan tindakan bagi meningkatkan dan mengukuhkan integriti serta nilai-nilai etika di kalangan warganya.  Berlandaskan semangat Pelan Integriti Nasional, pelan tindakan yang dirancang secara komprehensif dan pragmatik dilihat mampu memperkasakan lagi agenda pengurusan dan pentadbiran ATM di tahap terbaik dan cemerlang.  Pelan Integriti ini dilihat mampu membentuk keperibadian yang unggul di kalangan warga ATM serta dapat memupuk sikap tanggungjawab bagi memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

HOT BERGAMBAR - PRAMUGARI KELANTAN STOINK ARAK DI ROGOL.


Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul, kelmarin.Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.
Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.
"Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

DBKL buka kaunter bayar cukai di pusat beli belah

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kaunter bayaran cukai taksiran di tiga buah pusat beli belah bermula Jumaat ini.
Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembukaan kaunter itu bersempena dengan Bulan Pembayar Cukai Taksiran DBKL Penggal Pertama Tahun 2013.
Kaunter bayaran:
di Jusco Taman Maluri Cheras dan Mid Valley Megamall pada jam 10 pagi hingga 9 malam, serta di Jusco Metro Prima Kepong pada jam 10 pagi hingga 8 malam sepanjang bulan Februari.

manakala kaunter bergerak akan dibuka di sebelah Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada jam 9 pagi hingga 6 petang mulai 1 Februari hingga 10 Februari.
Digalakkan anda mengambil kesempatan itu untuk membayar cukai taksiran dengan mengemukakan bil ketika membuat pembayaran di kaunter tersebut.
Orang ramai boleh menghubungi Zaisatul Khairyzal Salleh di talian 03-26179950 untuk maklumat lanjut.

Cari kakak, terpisah sejak 44 tahun lalu

Cari kakak, terpisah sejak 44 tahun lalu
Samsudin Mohd
 
PEKAN – Perpisahan ibu dan bapa sejak 44 tahun lalu menyebabkan seorang adik lelaki terpaksa menjejaki kakak kandungnya yang tidak pernah ditemui sejak kecil.

Samsudin Mohd, 47, kini melakukan pelbagai usaha untuk mencari Fauziah Mohd, 48 yang terpisah sejak tahun 1969.

Menurut Samsudin, dia bertekad untuk mencari kakak sulungnya itu kerana ibunya, Minah Mahmud, 68 terlalu rindukan Fauziah.

“Saya ada bertemu dengan keluarga baru ayah di sini, dan dimaklumkan bahawa ayah sudah meninggal dunia pada 2008," katanya.

Katanya, dia turut meminta bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan alamat terkini Fauziah namun statusnya gagal dikesan walaupun sebelum ini dia mendapat maklumat mengatakan Fauziah berada di Kelantan.

Menceritakan kembali mengenai perpisahan itu, menurutnya, dia terputus hubungan dengan kakaknya sejak 1969 apabila ibu dan arwah bapanya bercerai ketika mereka tinggal di Kampung Ajil, Terengganu.

“Kakak diambil dan dijaga arwah bapa manakala saya pula berada di bawah jagaan ibu," katanya.

Samsudin menjelaskan, keluarga arwah ayah di sini ada memaklumkan bahawa Fauziah bersama suami dan anak-anaknya pernah tinggal sementara di rumah mereka di Kampung Tanah Putih pada 1997, namun berpindah setahun kemudian.

“Ketika itu, kakak saya mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Saya juga dimaklumkan bahawa mereka menetap di Kelantan,” katanya.

Menurutnya, anak sulung Fauziah yang hanya dikenali sebagai Farah ada datang ke rumah keluarga ayahnya di sini untuk menjemput mereka ke majlis perkahwinannya beberapa tahun lalu.

“Nombor telefon yang diberikan kepada keluarga ayah juga sudah tidak dapat dihubungi. Malah, kakak sekeluarga tidak pernah lagi datang berjumpa keluarga di sini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Samsudin di talian 019-5190759 atau 019-9208119 dengan segera.

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad - 22 Februari 2013

pos malaysia berhad

Pos Malaysia Berhad is a Public Listed Company on the Main Board of Bursa Malaysia. We employ more than 16,000 people, at more than 700 outlets, reaching more than 6 million addresses nationwide.With a solid financial standing, we continue to deliver to our stakeholders the good performance that is expected of us, year in and year out. We are now accelerating our transformation journey and we are looking for highly dynamic professionals who are results driven to join us in the following positions: 

1.Assistant Project Manager, PRS 
(closing Date: 5 February 2013)

2.Assistant Vice President, Legal
(Closing date: 22 February 2013

Sila klik pada senarai jawatan diatas untuk maklumat lanjut iklan jawatan

Location: Kuala Lumpur
Sector: Private

Baca iklan jawatan kosong ini selanjutnya di: http://careeron9.blogspot.com/2013/01/jawatan-kosong-pos-malaysia-berhad-22.html#ixzz2JQEMmjDn
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @careeron9 on Twitter | careeron9 on Facebook

Selasa, 29 Januari 2013

Hot ! Kit Siang kurang ajar , politikkan kematian Willian Yau Zhen !




Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta mendakwa Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak seperti William Yau Zhen Zhong, 6, disifatkan sebagai biadab.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tuduhan melampau itu tidak seharusnya dikeluarkan oleh seseorang yang berpengalaman dalam politik seperti Kit Siang.
"Saya amat kurang senang apabila diberitahu Lim Kit Siang menuduh UMNO dan BN tidak menjaga keselamatan kanak-kanak.
"Perkara ini berlaku di Selangor, sepatutnya yang dipersalahkan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan Pengerusi Keselamatan negeri itu, bagaimanapun kita tidak mahu menuduh beliau.
"Tetapi apabila Kit Siang yang merupakan ahli politik senior membuat tuduhan sebegitu, ini sesuatu yang tidak baik, tuduhan yang amat kurang ajar," ujarnya.

Mengimarah agama setelah kewafatan Nabi

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, memenuhi undangan Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Penaung Yayasan As-Sofa di Majlis Ilmu dan Sambutan Maulidurasul 1434H serta Majlis Pengkhataman Kitab Al-Muwatta di Masjid Negeri Seremban, malam tadi.
“Sesungguhnya usaha mengimarahkan agama Islam yang merupakan tiang agama ini tidak pernah berhenti pada hujung waktu, walaupun  setelah kewafatan Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, penghulu nabi Allah,” katanya.
Majlis ilmu yang penuh barakah itu menghimpunkan seramai 7,000 orang pelajar, ilmuan serta agensi kerajaan dan swasta bermula dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli dengan usrah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin bagi memenuhi ruang waktu sementara menanti waktu Isyak.
“Hakikatnya, tidak cukup sekadar pujian, usaha yang dilakukan oleh Yayasan As-Sofa melalui penaung, Dato’ Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin ini amat disanjung tinggi. Hasil usaha ini telah memberikan ilmu pengetahuan yang amat baik buat generasi muda agar mendalami ilmu agama dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.
Sejurus selesai solat Isyak berjemaah, bacaan Asamaul Husna, Qasidah disusuli zikir munajat ke hadrat Allah Taala diselang-seli, mengundang seribu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah Taala.
“Cadangan mewujudkan Universiti As-Sofa di atas tanah kurniaan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan mewujudkan Fakulti Kuliyyah Al-Azhar, yang mana tenaga pengajarnya didatangkan dari Universiti Al-Azhar merupakan satu-satunya usaha dakwah yang akan memberi faedah kepada umat Islam di negara ini,” tambah beliau.
Dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar NS mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis yang amat berjaya ini.
“Kewujudan Yayasan As-Sofa memang tepat pada waktunya kerana Kerajaan Negeri  melalui Dasar Pelajaran Negeri serius dan fokus menginstitusikan pendidikan agama di negeri ini.”
Mohamad turut menyeru agar ilmu agama yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kerana cabaran dan dugaan dunia ada kalanya melalaikan.
“Setidak-tidaknya, apabila ilmu agama sudah tertanam di dada, ia akan memberikan kesedaran buat kita. Malah, ilmu agama yang dipelajari ini merupakan dakwah sepanjang zaman,” ujarnya.

IKLAN PENGAMBILAN KADET DAN UPNM

Ditulis oleh Administrator   
1.     Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa calon lepasan SPM (menggunakan Keputusan Percubaan SPM tahun 2012) yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pegawai Kadet dengan tajaan Kementerian Pertahanan seterusnya berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

2.     ATM juga mempelawa lepasan Ijazah yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

3.     ATM amat menghargai kesungguhan calon-calon yang berminat untuk berkhidmat sebagai Pegawai ATM. Walaubagaimanapun ATM memerlukan calon-calon yang bersemangat kental, mempunyai semangat juang yang tinggi, berdedikasi serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul, jujur dan ikhlas seterusnya sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air yang tercinta.

4.     Tarikh Tutup Permohonan : 3 Feb 2013.

Mayat mangsa tebusan Algeria dikebumi

PORT DICKSON — Mayat mendiang Tan Ping Wee yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria, selamat disemadikan di Fairy Park, Sendayan dekat sini hari ini.
Menurut seorang anggota keluarga mendiang yang tidak mahu namanya disiarkan, mayat mendiang Ping Wee tiba di rumahnya di No 6, Taman Bukit Samudra, Kampung Paya di sini pada 2 pagi ini.
Anggota keluarga, saudara-mara, jiran dan kenalan mula berkumpul di rumah mendiang sejak malam tadi dan suasana pilu menyelubungi mereka apabila kereta yang membawa mayat mendiang mula beredar ke Fairy Park untuk upacara pengkebumian pada 11 pagi ini.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Koh Siow Mun dan seorang anak lelaki berusia 16 tahun.
Mayat Ping Wee dan seorang lagi mangsa, Chong Chung Ngen tiba di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 8.30 malam tadi setelah diterbangkan dari Algiers.
Dalam insiden 16 Januari lalu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria menjadi tebusan kumpulan militan.

Terjun Politik Lepas Puas Berlakon Filem Lucah



Bagi mereka yang gemar menonton filem Hong Kong era 90-an tentu agak biasa dengan nama Pheng Tan. Beliau agak laris dan terkenal dalam filem-filem porno dan separuh porno seperti Midnight Caller, Animal Instinct, Ghost Story dan banyak lagi.
Berita terbaru, beliau kini nekad untuk menceburi dunia politik. Pheng Tan telah pun menghadiri mseyuarat pertamanya sebagai anggota Committe of the Chinese People's Consultative Conference (CPPCC).
Beliau mula bergiat dalam filem lucah pada tahun 1995.



Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis, kembarnya disimbah air panas

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu.

Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan.

Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur.

“Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka,” kata Erveana.

Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu.

Belakang Nazrul melecur akibat disimbah air panas oleh polis
“Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu.

“Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelas Erveana.

Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat.

“Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang.

“Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta,” tegasnya.

Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis.

Niatnya Menyatukan Ummah,Komen Najib tentang pemecatan Ust Nasha.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.

Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.

"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.

Mayat 2 Rakyat Malaysia Mangsa Tebusan Tiba di KLIA.

 
alt
 
SEPANG, 29 Jan. - Mayat dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria selamat tiba di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) malam tadi.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mayat mendiang Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee telah diterbangkan dari Algiers setelah diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di sana bersama dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd.

"Mayat berkenaan diiringi oleh Patrick Purait Awang, salah seorang rakyat Malaysia yang terselamat semasa insiden tebusan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra serta ahli keluarga mendiang turut hadir untuk menerima mayat tersebut.

Beliau berkata keluarga berkenaan meminta agar privasi mereka dihormati bagi mereka menghadapi detik sukar ini.

"Dalam hubungan ini, kerajaan Malaysia sekali lagi merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga berkenaan atas kehilangan orang ya9ng disayangi," katanya.

Mendiang Tan berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan dilaporkan bekerja di Algeria sejak enam bulan lalu manakala mendiang Chong yang berasal dari Ipoh, Perak merupakan seorang inspektor kawalan kualiti dan baru tiga bulan bertugas di sana.

Dalam insiden 16 Jan lalu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria menjadi tebusan kumpulan militan.

Tan dan Chong disahkan terbunuh dalam kejadian itu, manakala tiga�lagi rakyat Malaysia - K.Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick terselamat.

Nasha Tak Dicalonkan dalam Pru13. Nik Aziz samakan laki bini bercerai & persatuan sukan?


Anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.  
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.   Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu. 
 Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.   "Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
  Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.   "Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya. 
 Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. 
 Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
 Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong Pas akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar Pas.
"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.
Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.

Shukor Adan dalang pencetus pergaduhan Selangor VS ATM




Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.

Sebaliknya, pemain pertahanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu.
Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.


“Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.

“Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur?

Jumaat, 25 Januari 2013

Jawatan Kosong (PSH) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) - 28 Januari 2013

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Satu (1) Jawatan Kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) Selaku Pembantu Tadbir (Kewangan) Kontrak 6 Bulan

Syarat-Syarat: 


1) Warganegara Malaysia.
2) Kelulusan SPM.
3) Berkemahiran Komputer (terutama MS Excel dan MS Word) – calon yang cekap dan cepat menaip diberi keutamaan.
4) Tempoh Perkhidmatan (6 bulan) mulai 2 Februari 2013.
5) Kadar Upah RM54 sehari.
6) Sanggup bekerja lebih masa.
7) Tempat tinggal di sekitar Putrajaya sahaja.
8) Pemohon lelaki digalakkan.

Tugasan Harian:
Membantu Pengoperasian Kewangan.

Dokumen yang diperlukan :

1) Salinan MyKad
2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3) Biodata/resume terkini
4) Gambar berukuran pasport terkini.

Tarikh Temuduga : Rabu, 30 Januari 2013
Waktu : 9.00 pagi

Tempat :


Bilik Mesyuarat Teratai, Aras 3 Timur,
Bahagian Kabinet Perlembagaan dan
Perhubungan Antara Kerajaan,
Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra,
62502 Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan: Isnin, 28 Januari 2013 (jam 11.59 malam)

Hantarkan permohonan lengkap dan resume kepada: shahidah@kabinet.gov.my

sumber iklan : http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/jawatan-kosong.html

Jauh Ke Syurga, Doa Dalam Lagu Ana Raffali

Boleh tahan juga sedap lagu terbaru Ana Raffali yang baru kami dengar. Liriknya juga menurut Ana, merupakan satu doa, dan yang menarik doa dalam lagu. Sesuai dengan imej Ana yag kini bertudung, lagu ini mendoakan hasrat seorang isteri yang ingin jodoh bersama suami berpanjangan dan berterusan hingga ke syurga. Till Jannah, kalau ikut trend di Twitter.


Ana yang berkahwin dengan kawan baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah Februari tahun lepas, baru-baru ini turut mengakui masih menantikan kehadiran anak untuk menyerikan kehidupan mereka berdua.
Apa kata anda dengarkan sendiri lagu Ana melalui video unik ini. Untuk makluman, lagu dan lirik Jauh Ke Syurga adalah ciptaan Ana sendiri.

Kerana Guan Eng, umat Islam huru hara - ahli PAS




- Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.
Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.
Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudian mendesak Pas keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.
"Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.
"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.
Mohd. Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.
Bagaimanapun, selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. - BERNAMA

Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki bergari hingga mati

Saksi dakwa lihat polis, samseng belasah lelaki bergari hingga mati
SERDANG: Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari."

Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini.

"Kami tidak akan sembunyikan apa-apa," kata beliau.
-malaysianinsider-