KUALA LANGAT 6 APRIL : Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini. |
Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR.
“Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion.
“Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.
Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008.
“Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing.
“Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya.
“Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul.
” Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan