Semalam PAS menganjurkan satu majlis "Jom makan sup" bersama calon PAS N74, Hj Jofri Jaraiee bertujuan untuk memperkenalkan manifesto PAS jika mereka berjaya menang di kawasan ini.
Majlis berkenaan hanya dihadiri oleh kira-kira 15 orang sahaja termasuk petugas parti. Tiada langsung pengundi cina kelihatan di majlis berkenaan.
Jika keadaan ini diambil kira, PAS terbukti tidak mampu untuk menarik minat pengundi untuk bersama mereka apatah lagi golongan muda di kawasan ini.
Petang semalam PAS juga menganjurkan program tukar minyak motor bagi mencuri perhatian anak-anak muda Miri, malangnya program berkenaan juga tidak mendapat sambutan.
Di kawasan N74 Pujut, Calon PAS berdepan dengan calon BN serta DAP dan calon Bebas. Jika PAS tak mampu mendapat undi yang memuaskan, ia akan menjatuhkan maruah serta imej PAS sebagai sebuah parti melayu kedua terbesar didalam negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan