SEMPORNA:
Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah
selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.
Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
"Saya
dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh
rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai
timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang
kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.
"Kami
sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan
keadaan itu berterusan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita
selepas memberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di
kawasan pantai timur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat
Cina di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Zulkifeli
berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan
ditempatkan di kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara
beransur-ansur.
Beliau berkata anggota tentera yang dipindahkan itu akan tinggal di kem-kem tentera di kawasan mereka ditempatkan.
Mengenai
Operasi Daulat yang akan ditamatkan dalam beberapa hari lagi, Zulkifeli
berkata operasi itu akan ditransisikan kepada Kawasan Khas Keselamatan
Pantai Timur Sabah (ESSCOM) secara berperingkat.
Beliau
berkata pada masa ini pegawai-pegawai ESSCOM telah berada bersama-sama
beliau di markas operasi di Felda Sahabat untuk memantau pelaksanaan
operasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan