Khamis, 23 Mei 2013

Wahai Hawa, Dengarlah Pesanan Untukmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan satu ciuman buat u alls, eemmm...hari ini hari terakhir sekolah di pantai timur, maka cuti panjanglah nanti, nampaknya waktu berblog KY pun akan sedikit tergendala, maklumlah..bila dah semua ada kat rumah, berebut laptoplah...bilalah dapat beli yang lain, tak payah nak rebut-rebut..

Ok...hari tu KY dah kongsi artikel tentang Saat dan Ketika Allah Menciptakan Wanita, dah bacakan? kalau yang belum baca, klik tajuk tu, jangan ketinggalan tau...dan setelah kita ketahui, betapa sempurnanya Allah menciptakan kaum hawa ini, maka dengan itu kita harus menghargai dan menjaganya dengan baik. InsyaAllah, dan untuk kali ini, KY nak sampaikan pesanan pula buat kaum hawa, agar kita akan lebih menghargai dan bersyukur....


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."

Isnin, 20 Mei 2013

Cara Mengatasi Sakit Lutut

Cara Mengatasi sakit lutut Kiri Kanan | Petua Punca Lemah Sendi Lutut Berbunyi | Masalah Tumit Shaklee Di Usia Muda Tua

Bila usia meningkat kita akan sering hadapi masalah lemah lutut ini. Walaupun djdanchef ini masih muda. eh muda ker? masih juga kadang-kadang sakit lutut. Sakit sendi lutut ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus bukan haus kerana dahaga tapi haus yang semakin nipis.

sakit+lutut
sakit lutut

Apabila permukaan sendi haus, kadang-kadang boleh membawa sendi menjadi bengkak dan kebas. Kita sebagai manusia selalu menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
1. Berjalan.
2. Duduk.
3. Berlari.

1) Sakit Lutut Juga Sering Serang Remaja Di Usia Muda

Penyakit sendi lutut ini bukan berlaku kepada golongan orang tua saja golongan orang muda pun sering kena masalah lutut ini.

Sekiranya seseorang itu sangat aktif bersukan, dia mungkin mengalami sakit lutut pada usia muda. Manakala bagi wanita bekerja atau suri rumah, sakit lutut biasanya menyerang ketika mereka berusia 40-an.

Tapi apa pun serangan sakit lutut ini berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jenis aktiviti harian, usia, pemakanan atau gaya hidup seseorang.

2) Wanita Lebih Sering Sakit Lutut Berbanding Lelaki

Tahukah anda, golongan wanita lagi senang diserang masalah sakit lutut ini berbanding kaum lelaki. Kenapa dan apakah punca nya?

Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.
cara+mengatasi+sakit+lutut

3) Punca dan Sebab Sakit Lutut

Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):

1. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak contohnya ragbi dan lain-lain.
2. Individu yang mengalami obesiti.
3. Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
4. Individu yang sudah berusia.
5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.
6. Suri rumah yang selalu mencangkuk dan membongkok apabila membuat kerja dan ini akan memberikan tekanan berlebihan pada bahagian lutut.

4) Cara Merawat atau Mengatasi Masalah Sakit Lutut

1. Berurut/Mengurut
2. Elakkan kerap membongkok dan mencangkung
3. Elak kerap mengangkat barang-barangan berat.
3. Dan yang paling penting teruslah berjumpa dengan doktor. Jangan tangguh lama kelaman lutut anda akan bengkak kalau tak berjumpa dengan doktor.

Khamis, 25 April 2013

Cara Belajar Yang Berkesan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak pernah lari dalam melakukan kesilapan. Kita juga sering terlupa akan sesuatu perkara walaupun perkara itu penting dan baru sahaja didengari. begitu juga dengan belajar. Seseorang yang mendalami ilmu sering takut untuk belajar kerana masalah lupa atau tidak tahu tekbik yang berkesan untuk belajar. Mari kita sama-sama lihat cara belajar yang berkesan.

Banyakkan bertanya sekiranya kurang faham.
1. Sentiasa merangsangkan pancaindera dalam proses pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-----> Kita ingat cuma 10% daripada apa yang kita baca
-----> Kita ingat cuma 20% daripada apa yang kita dengar
-----> Kita ingat cuma 50% daripada apa yang didengar dan dilihat
-----> Kita ingat cuma 70% daripada apa yang dicakapkannya
-----> Kita ingat 100% setelah mempraktikkannya
2. Oleh kerana itu, lagi banyak kita menggunakan deria, lagi mudah bagi kita untuk mengingat.
3. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa belajar secara aktif dengan pen/pensel di tangan.
4. Pelajar yang cemerlang akan belajar tiga jam satu hari atau 21 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Pelajar yang cemerlang belajar di dalam persekitaran yang baik.
-----> a) Pastikan cahaya yang terang
-----> b) Kurangkan gangguan bising/muzik
-----> c) Tampal poster mengandungi slogan atau kata-kata hikmat yang dapat merangsang minat untuk belajar.
-----> d) Tampalkan gamabr-gamabr yang dapat menenangkan fikiran dan diharuskan syariat.
-----> e) Ubahsuai kedudukan kerusi dan meja tempat belajar agar tidak membelakangkan kiblat.
-----> f) Jangan lupa untuk senyum.
Diharap tips-tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu semua yang ingin memperbaiki mutu pembelajaran, tidak kira pelajar sekolah mahupun peringkat tinggi. Ilmu perlu diperoleh daripada pembacaan dan belajar. Oleh itu, proses belajar yang berkesan penting dalam mendapatkan ilmu yang berkualiti.

Sabtu, 20 April 2013

TERNOW: Kekecohan kecil tapi terkawal di Ptg Pauh...

BUKIT MERTAJAM 20 APRIL: Calon-calon Pakatan Rakyat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim (calon Parlimen Permatang Pauh), masuk ke pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.10 tadi.

Calon lain adalah Dr Afif Bahardin (DUN Seberang Jaya), Dr Norlela Ariffin (DUN Penanti) dan Salleh Man (DUN Permatang Pasir).



Sebelum itu, ribuan penyokong Pakatan berkumpul di sepanjang jalan menuju pusat penamaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Berlaku sedikit kekecohan dengan polis ekoran penyokong yang berasak-asak di pintu masuk, namun keadaan terkawal.

Khamis, 18 April 2013

25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

Menggembirakan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dicintai Allah. Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

Dosa-dosanya Diampuni. Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)

Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

Selamat Dari Api Neraka. Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

Mendapat Ganjaran Syurga. “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).

Mengecewakan Syaitan. Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).

Menyebabkan Syaitan Putus-asa. Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

Terhindar Dari Azab Api Neraka. Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

Menghilangkan Kesedihan. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Diberikan Kegembiraan. Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Melancarkan Rezeki. Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

Membersihkan Hati. Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

Mengangkat Darjat Di Syurga. Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

Mengikut Sunnah Nabi. Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

Menjadi Sebaik-baik Orang Yang Bersalah. Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

Bersifat Sebagai Hamba Allah Yang Sejati. Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

Terhindar Dari Menjadi Orang Yang Zalim. Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)

Mudah Mendapat Anak. Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

Sentiasa Diturunkan Air Hujan. Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)

Bertambah Kekuatannya. Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

Bertambah Kesejahteraannya. Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).

Menjadi Orang Yang Beruntung. Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Keburukannya Diganti Dengan Kebaikan. Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).

Bercitra Sebagai Orang Mukmin. Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).

Berkeperibadian Sebagai Orang Bijak. Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).

Rabu, 17 April 2013

Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Amiin!

Pelancaran Buku 'Bicara Ini demi Ilahi' Oleh TGNA

Bicara Cinta dan Pelancaran Buku Nik Aziz - 'Bicara Ini Demi Ilahi'


Bicara Cinta dan Pelancaran Buku 'Bicara Ini demi Ilahi' oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah anjuran Sinar Harian.

Menurutnya, Sebagai sebuah negara demokrasi proses Pilihan Raya Umum di Malaysia perlu dilakukan kerana Allah bukan kerana paksaan./MobTV.my

Link video : http://www.mobtv.my/talkshow-3158.html 

Jawatan Kosong Di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) seperti berikut

1. Pegawai Teknologi Maklumat (EIO)
2. Juruteknik Komputer (TSO)

1. Permohonan hendaklah di buat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website www.tesdec.edu.my .

2. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan butir-butir peribadi (resume), salinan
kelulusan pengalaman kerja, gaji semasa/terakhir dan gaji yang dipohon beserta sekeping gambar
ukuran passport (tidak dikembalikan). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

TESDEC SERVICES SDN BHD
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya 2 Mei 2013 (Khamis).

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang
tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.


Muat Turun

Semakan Pemilih Dan Lokasi Mengundi PRU13

Tarikh Pilihanraya sudah diumumkan. Calon-calon untuk bertanding bagi pilihan raya ke-13 pun ada yang sudah diuar-uarkan oleh parti yang bakal bertanding. Tapi rakyat Malaysia yang bakal turun memangkah kertas undi nanti sudah buat semakan pemilih belum?
 
 Mungkin sudah berdaftar, tapi lokasi mengundi belum tahu. Jadi tak salah kalau buat semakan awal supaya anda tahu lokasi, peti undi mana yang akan dimasukkan kertas undi nanti. Selain itu, bolehlah kenal-kenal dan kaji selidik serba sedikit latar belakang calon wakil rakyat di tempat anda.

Ambo sudah pun semak lokasi mengundi ambo tapi logo hak ambo nak pakah tak dok. parok.....Takbir!!!!

Selasa, 16 April 2013

Jawatan Kosong Koperasi Warga USM di Kelantan Berhad

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


SYARAT-SYARAT 
1.Lelaki;
2.Warganegara Malaysia;
3.Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan;
4.Kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma pembantu perubatan atau diploma lain yang setaraf;
5.Mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan akan diberi keutamaan;
6.Mempunyai lesen memandu GDL yang sah;
7.Amanah, berdisiplin, bertanggungjawab dan sanggup bekerja di luar waktu bekerja sekiranya diperlukan.
 
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
 
Gaji permulaan akan dirunding (berdasarkan kelayakan dan pengalaman).
 
CARA MEMOHON
a)Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Laman Web Koperasi di http://www.koperasi.kk.usm.my atau klik di sini.
b)Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 April 2013.
c)Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran passport yang terbaru dan di hantar terus kepada :
 
KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD (D-3-0261)
Tingkat Bawah Bangunan Hospital USM,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu,
Kelantan.
Tel:09-7671285 Faks:09-7656224
 
 
PERHATIAN
 
a)Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b)Permohonan yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Jawatan Kosong MRSM di Kepala Batas - TERBUKA Sehingga Mei 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILAN seperti yang diterangkan di bawah :-

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

SUBJEK : i) GURU SEJARAH / MORAL / SIVIK - 1 kekosongan (SEGERA)

              ii) GURU BAHASA MELAYU - 1 kekosongan (Bulan MEI)

              iii) GURU KIMIA - 1 kekosongan (Bulan MEI)

(a) Taraf Jawatan : SAMBILAN

(b) Kadar Gaji : RM100.00 SEHARI

2. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada kerajaan serta Diploma Pendidikan; atau
d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada kerajaan serta Diploma Pendidikan; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM.
f) Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.

3. CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume dan sijil-sijil yang disahkan, surat beranak, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport dihantar kepada :-

PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KEPALA BATAS
JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG

TEL : 04-575 5542/5650
FAKS : 04-575 5496

Gempar !! Rangka misteri 600 tahun dijumpai ???

Daily Mail


Ahli arkeologi Ireland Utara menemui rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini.

Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut.

Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu.

Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya.

"Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini.

Daily Mail

Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum.

Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara.

Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini.

Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan

Cara Menjaga Kesihatan Emosi

Sihat didefinisikan sebagai sihat dari segi fizikal dan mental. Ini bererti sihat merangkumi aspek-aspek kesihatan fizikal, namun juga fikiran serta jiwa. Melalui fikiran yang sihat kita boleh wewujudkan sebuah kehidupan yang berkualiti. 
 
Kita boleh menerima perubahan yang berlaku dalam hidup dengan pandangan yang positif, mewujudkan kemampuan kreatif dalam kerjaya dan menjadikan hidup ini dengan lebih bermakna.

Berikut ada beberapa tip agar kita tetap memiliki dana menjaga fikiran yang sihat.

1. Hidup sihat
Jauhi hal-hal membuat diri anda tua sebelum usia seperti alkohol, merokok, bekerja tak kenal lelah dan berjaga sepanjang malam. Seimbangkan menu makanan anda. Cukupkan masa rehat. Bersenamlah secara teratur untuk fizikal yang cergas dan sihat. Perhatikan jam kerja anda, jangan jual masa kepada kerjaya semata-mata. Uruskanya dengan bijak.

2. Ciptakan hubungan yang harmonis
Hubugan yang sihat selalunya berlandaskan sikap saling memahami, kasih sayang dan saling memaafkan. Percayakah anda bahawa salah satu cara mengatasi stress adalah berhubungan dengan orang-orang yang kita cintai dan sayangi? Ini membuat hidup terasa indah. Dengan ikatan yang harmonis kita berfikiran lebih positif dan bersemangat. Terasa seperti ada alasan untuk hidup.

3. Cuba sesuatu yang baru
Fikiran yang sihat adalah fikiran yang sentiasa aktif dan tidak statik. Untuk menyihatkan fikiran, cambahkan minat untuk mempelajari hal-hal baru dan alami sesuatu  yang belum anda rasai. Cuba hobi berkebun , membaca buku motivasi, tonton filem baru di pawagam, ikuti kelas berenang atau pergi ke tempat yang anda tidak pernah kunjungi. Ini merangsang kereativiti dan minda anda.

4. Jalankan tugas sebaik mungkin
Kejayaan kita menjalankan tugas dengan baik menjadikan hidup lebih bermakna.  Tak kiralah anda sebagai isteri, ibu atau anak di rumah dan sebagai pekerja di pejabat, anda mempunyai tugas. Maka cuba penuhinya dengan bijak dan sehabis baik. Jika gagal sekalipun, kita tahu kita sudah mencuba apa yang termampu.

5. Sedar keterbatasan fikiran
Menyedari bahawa kita tidak boleh menyelesaikan semua masalah sendiri. Dengan menyedari keterbatasan fikiran dan kemampuan, anda tidak begitu kecewa apabila terpaksa melepaskan sesuatu walaupun sukar. Apabila kita pasrah dan redha, kita boleh menerima takdir dengan lenih baik manakala fikiran juga tidak terbeban.

6. Jadi pemaaf
Memaafkan bukan bermakna anda yang bersalah atau pengecut. Memang sukar untuk memaafkan apatah lagi kesalahan itu besar. Tapi maaf bersifat ajaib. Kita akan berasa lega apabila kita memaafkan seseorang. Seolah-olah beban yang berta di bahu hilang begitu sahaja. Sematkan sifat pemaaf kerana kita bukan sahaja dihargai malah emosi kita juga tidak terbelenggu.

Isnin, 15 April 2013

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Memberi Jaminan Keselamatan Di Sabah

SEMPORNA: Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.

Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Saya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.

"Kami sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keadaan itu berterusan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di kawasan pantai timur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Cina di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zulkifeli berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan ditempatkan di kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara beransur-ansur.

Beliau berkata anggota tentera yang dipindahkan itu akan tinggal di kem-kem tentera di kawasan mereka ditempatkan.

Mengenai Operasi Daulat yang akan ditamatkan dalam beberapa hari lagi, Zulkifeli berkata operasi itu akan ditransisikan kepada Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa ini pegawai-pegawai ESSCOM telah berada bersama-sama beliau di markas operasi di Felda Sahabat untuk memantau pelaksanaan operasi.

Jumaat, 12 April 2013

Rekaan dari tin

Buat masa ni x da stok utk dijual, cuma pamer sahaja.... tunggulah nanti kemunculannya di sekitar Keramat, Kuala Lumpur
 

Kisah Seorang Yahudi tinggal di rumah Rasulullah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Baginda tanpa mengusirnya , padahal ia seorang yahudi yang berbeda agama dengan Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam , tetapi Baginda mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah beliau ,



Baginda tidak melarangnya atau dengan mengatakan : ” engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku , kotor dan najis !! ” , tidak demikian akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam .

Orang yahudi itu tinggal bersama Rasulullah dan tidur disana , makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul , seakan telah menjadi bagian di keluarga Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam , sampai suatu saat ia sakit dan Rasul menjenguknya,

Rasul tidak berkata : ” syukur yahudi itu sakit dan tidak tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi beliau berkata : ” mana orang yahudi yang tinggal di rumahku , mengapa dia pergi, apa kesalahanku ? ! ” .

Maka setelah rasul sampai di rumah orang yahudi itu , ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul maut , maka Rasul berkata : ” wahai pemuda , maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ” , maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi ,maka ayahnya berkata : ” betul , taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu ” ,

Dan pemuda itupun mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat , maka berubahlah wajah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu wafat dalam keadaan Islam , demikian indahnya kerukunan umat beragama.

Khasiat buah betik!!!

Suara Bertaut memang dari dulu lagi suka makan buah betik,, di sini ingin kongsikan kepada anda semua.....


  1. kaya dengan vitamin C - kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi daripada buah limau..  setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C dalam sehari..
  2. merawat kulit - bagi merawat masalah kulit seperti jerawat & kedutan, kandungan dalam vitamin C yang terdapat dalam buah betik amat membantu. Hancurkan buah tersebut dan kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi dan lihatlah hasilnya...
  3. lindungi jantung - zat vitamin A dan pelbagai jenis zat vitamin B seperti riboflavin , zat folate , dan cryphtoxanthin adalah sejenis karotena yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. unsur ini amat penting bagi kesihatan jantung selain melindungi daripada rosak.
  4. lawaskan kencing - betik masak yang dicampurkan madu asli adalah lebih baik bagi pesakit yang tidak lawas kencing. dengan membuang air kecil secara baik , ia dapat menghindarkan kamu daripada mendapat masalah batu karang pada pundi kencing.
  5. tonik tambahan - buah betik yang kaya dengan vitamin A & C ini dapat menambahkan tenaga buat mereka yang selalu mengalami keletihan / kelesuan . jika dicampurkan dengan madu / susu, ia boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak serta mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
  6. proses penghadaman - betik mengandungi serat, zat protien dan enzim papain. enzim papain merupakan unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan serta membantu mengelakkan diri daripada masalh sembelit.
Diharap mulai sekarang buah betik menjadi kegemaran anda....

Terkini !!! Senjata Api Disorokkan Lagi Di Lahad Datu !!!

FotoLahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Semenjak kehadiran ATM dalam usaha membantu PDRM bagi mengatasi pencerobohan di Lahad Datu, Suara Bertaut berasa bangga dengan keupayaan, kebolehan dan kelengkapan yang dimiliki oleh pasukan itu untuk mengawal keselamatan negara dari ancaman musuh... TQ ATM / PDRM

"Jasamu dikenang oleh masyarakat"

Renungan Untuk Suami/Isteri!!!!

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

                       

Kalau suami komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen suami dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana bapa tak respek isterinya.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

ingat lah wahai suami di dunia ini,jgn sekali marah isteri anda di depan anak2,itu contoh x bagus utk anak 2 anda.

Sama-sama kita fikirkan…

10 mayat yang tidak akan reput di dalam kubur



 
Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.