Selasa, 16 April 2013

Jawatan Kosong MRSM di Kepala Batas - TERBUKA Sehingga Mei 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILAN seperti yang diterangkan di bawah :-

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

SUBJEK : i) GURU SEJARAH / MORAL / SIVIK - 1 kekosongan (SEGERA)

              ii) GURU BAHASA MELAYU - 1 kekosongan (Bulan MEI)

              iii) GURU KIMIA - 1 kekosongan (Bulan MEI)

(a) Taraf Jawatan : SAMBILAN

(b) Kadar Gaji : RM100.00 SEHARI

2. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada kerajaan serta Diploma Pendidikan; atau
d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada kerajaan serta Diploma Pendidikan; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM.
f) Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon.

3. CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume dan sijil-sijil yang disahkan, surat beranak, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport dihantar kepada :-

PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA KEPALA BATAS
JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG

TEL : 04-575 5542/5650
FAKS : 04-575 5496

Tiada ulasan:

Catat Ulasan