Jumaat, 12 April 2013

Terkini !!! Senjata Api Disorokkan Lagi Di Lahad Datu !!!

FotoLahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Semenjak kehadiran ATM dalam usaha membantu PDRM bagi mengatasi pencerobohan di Lahad Datu, Suara Bertaut berasa bangga dengan keupayaan, kebolehan dan kelengkapan yang dimiliki oleh pasukan itu untuk mengawal keselamatan negara dari ancaman musuh... TQ ATM / PDRM

"Jasamu dikenang oleh masyarakat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan