Peguam Karpal Singh hari ini didenda RM4,000 kerana didakwa bersalah di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak
pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.
Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan hari
ini, supaya pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman
yang lebih ringan.
Karpal ketika ditemui wartawan di luar mahkamah
memberitahu, beliau akan memfailkan rayuan bagi meringankan hukuman ini.
“Saya akan failkan rayuan,” katanya ringkas. Pada 21
Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan
perkataan hasutan ke arah Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma
guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009.
Karpal didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran
Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul
Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan
Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan
pada 20 Jan 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas
membenarkan rayuan pendakwaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan