Khamis, 13 Mac 2014

Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga 18 Mac Ini!!!



Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.
   
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu dan Miri manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat.
   
Keadaan sama juga dijangka melanda Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
   
Kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Samui dan Tioman pula diramalkan mengalami keadaan sama bermula Sabtu ini hingga Selasa.
   
Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang turut terdedah kepada kenaikan paras air laut bagi tempoh yang sama, demikian menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
    
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat, Selat Melaka Utara dan Selat Melaka Selatan berikutan jerebu.
   
Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini dan ia berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan