Selasa, 11 Mac 2014

MH370: Dua pasport dicuri tiada dalam senarai suspek Interpol

KAJANG - Pasport curi yang digunakan oleh dua lelaki untuk menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas tidak termasuk dalam ’senarai suspek’ (SL) Polis Antarabangsa (Interpol).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor itu menyebabkan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas sewaktu hari kejadian tidak mempunyai sebarang kecurigaan ketika melepaskan kedua-dua lelaki itu ke dalam penerbangan.
"Jika Interpol meletakkan tanda ’SL’ dalam pasport yang hilang itu, semua kaunter Imigresen di seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Namun dua pasport berkenaan tidak termasuk dalam senarai berkenaan.
"(Oleh itu) saya amat yakin dengan kebolehan pegawai Imgiresen yang berada di kaunter penyemakan sebelum kejadian berlaku," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Taman Kota, di sini.
Awal hari ini, polis mengesahkan telah mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan itu dengan menggunakan dokumen curi. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan