Sabtu, 30 April 2016

#PRNSARAWAK : Perlu Apai Besar Di Sarawak

image

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberi pengiktirafan dengan gelaran “Apai Besai Malaysia” yang membawa maksud “Abang Besar Malaysia”.

Manakala Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pula menerima gelaran “Apai Besai Sarawak” yang turut membawa maksud sama bagi peringkat negeri berkenaan.

Sebagai pemimpin yang mempunyai hubungan amat baik, kedua-dua “Apai Besai” tersebut saling mengharapkan agar rakyat terus dapat memberi sokongan buat kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang disertai Najib Razak di Kampung Tian, Matu pada petang Sabtu, Perdana Menteri sekali lagi meminta sokongan rakyat buat BN khususnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 ini.

“Saya perlukan rakan ‘Apai Besai Sarawak’ yang kuat,” kata beliau sambil menerima sorakan daripada kira-kira 7,000 hadirin yang hadir.

Khamis, 28 April 2016

Lagi Murid dipatuk ular


JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan mengesahkan seorang lagi murid menjadi mangsa patukan ular ketika berada di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai, dekat Pasir Gudang semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan segera.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan yang memaklumkan perkara berkenaan berkata, pada kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa yang mengikuti persekolahan sesi petang, sedang berada seorang diri di tandas tingkat tiga sekolah berkenaan.
Katanya, sebaik menyedari diri dipatuk di tapak tangan kiri, murid berkenaan terus memaklumkan kejadian kepada gurunya, yang kemudian bertindak menghantar mangsa ke sebuah klinik 1Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.
"Keadaannya sudah stabil kerana ular tersebut tidak berbisa dan pihak sekolah juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari ular berkenaan di kawasan tersebut.
"Kita mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana bertindak pantas dalam kejadian ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau di sini hari ini.

#PRNSarawak : PM umum RM2 juta untuk pembinaan Gereja St. Jude di Serian

image
SERIAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi pembinaan bangunan baharu Gereja St. Jude di Kampung Bunan Kedup di sini hari ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM1 juta merupakan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, manakala RM1 juta lagi sumbangan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada prinsip kebebasan beragama di negara ini.
"Saya berharap rakyat Sarawak memberikan kemenangan besar kepada BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) nanti bagi membolehkan negeri ini membangun lebih pesat dalam Malaysia," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini sebentar tadi.
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup, Martin Ben. 

#PRNSarawak : Poster Calon BN Dibakar Di Sibu

image

Poster kempen calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh difahamkan telah dibakar pihak tak bertanggungjawab.

Poster berkenaan dipasang di bulatan berhampiran Jambatan Igan di Bandar Sibu.

Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj. Namun, semua itu tidak perlu diambil kira.

“Tidak perlu (buat laporan polis). Biar kita lihat apa yang berlaku seterusnya,” katanya ketika ditemui semasa berkempen di Tanjung Bekakap semalam.

Bagaimanapun, poster yang telah rosak tersebut telah diturunkan dan digantikan dengan poster baharu kira-kira jam 2 petang semalam.

Rabu, 27 April 2016

#PRNSARAWAK : Pembangkang Cuba Main Kotor di Miri

20160427_131845.jpg

MIRI - Calon BN N75 Senadin, Datuk Lee Kim Shin mendedahkan terdapat cubaan dari pihak pembangkang di Dun Piasau yg mengugut pengundi agar tidak keluar mengundi semasa hari pengundian pilihanraya negeri Sarawak.

Bercakap di satu sidang media di Pejabatnya hari ini, Lee menjelaskan ada juga laporan bahawa pihak yang tidak dikenali, cuba menyebarkan fitnah terhadap parti SUPP di Miri.

Fitnah dari individu tak bertanggungjawab tersebut mengatakan bahawa SUPP cuba membeli undi dengan menawarkan wang kepada pengundi di kawasan berkenaan.

Pejabat calon juga menerima beberapa panggilan yang melaporkan tentang ugutan ini dan percubaan untuk menawarkan wang kepada pengundi supaya tidak keluar mengundi.

Calon sudah memberi kerjasama kepada pihak polis dan juga pihak cawangan khas didalam usaha menjejaki serta menangkap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lee juga menyeru masyarakat setempat serta pengundi khususnya dikawasan Dun Senadin agar tidak mempercayai khabar angin tersebut. Beliau juga mahu orang ramai berkerjasama dengan pihak Polis untuk menangkap individu yang suka menyebarkan fitnah.

PKR tidak akan beri laluan kepada DAP

Dr-Xavier-Jayakumar

KUCHING: PKR tidak akan bertolak ansur dan melepaskan kerusi yang turut ditandingi DAP, demikian tegas Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.

“Tiada gunanya gesa kami lepaskan lima kerusi hanya untuk Batu Kitang. Cadangan pertukaran lima kepada satu kerusi menunjukkan DAP tidak serius di Batu Kitang.

“Berbanding calon yang diturunkan DAP pada saat-saat akhir, calon PKR, Voon Shiak Ni telah berkhidmat di Batu Kitang hampir 10 tahun.

“PKR ingin tekankan, kami meletakkan calon-calon berkelayakan dengan alasan-alasan kukuh,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Lima kerusi yang dimaksudkan DAP itu ialah Mulu, Murum, Ngemah, Mambong dan Simanggang.
Tambah Xavier, nama calon-calon yang akan bertanding di lima kerusi itu akan kekal dalam kertas undi, sekalipun mereka menarik diri daripada bertanding pada 7 Mei nanti.

“Calon-calon kami tidak akan menarik diri untuk memberi laluan kepada calon-calon DAP bertanding sebagai pertukaran,” katanya.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan sebagai berkata, parti itu sedia mengeluarkan calonnya, Abdul Aziz Isa daripada kerusi Batu Kitang, dengan syarat PKR turut menarik diri daripada lima kerusi lain.

#PRNSarawak : Tiada Kaitkan Skandal 1MDB..!




Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.

Katanya, pembangkang mahu membawa 1MDB ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai satu isu.

"Ini adalah pilihan raya negeri, bukan pilihan raya umum. Mereka mahu membangkitkan isu negara kerana mereka mahu mengheret perkara 1MDB ini (ke PRN).

"Kami tidak ada kaitan dengan 1MDB," katanya kepada pemberita, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching sebentar tadi.

Air dan minyak takkan boleh bercampur..! benar dan salah tidak akan boleh diganding..! Bersih dan kotor tentu berbeza tidak mengira masa..!

BN Sarawak tak makan dedak..!

#PRNSarawak : Penduduk Rumah Panjang Mahu Teruskan Sokongan Kepada BN

image

Jika dahulu gambaran rumah panjang adalah 100 peratus diperbuat daripada buluh atau kayu di pinggiran sungai, tetapi sekarang ini tidak lagi.

Kebanyakan rumah panjang telah ditransformasikan untuk keselesaan dan keselamatan penduduk secara lebih maksima.

Inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam membentuk dimensi baharu kepada kehidupan di rumah panjang telah membuatkan masyarakatnya juga turut berubah.

Kini, komuniti rumah panjang sudah menerima pelbagai bantuan dari pihak kerajaan termasuklah bekalan air bersih dan elektrik, serta komunikasi.

Atas faktor itulah, penduduk rumah panjang berasakan parti BN adalah yang paling tepat untuk dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 ini.

Seorang penduduk Rumah Panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan yang mahu dikenali sebagai Amit berkata, calon BN adalah menjadi pilihan utama mereka di setiap pilihan raya negeri.

“Calon BN sudah terbukti boleh membantu penduduk di rumah panjang. Yang lain belum tentu lagi”, katanya

Selasa, 26 April 2016

#PRN Sarawak: PKR tak boleh terima kenyataan – DAP

anthony,DAp,pkr

KUALA LUMPUR: Perbalahan berlaku kerana PKR tidak boleh terima kenyataan parti itu tidak popular di lima daripada enam kerusi yang menjadi pertikaian dengan DAP, tegas tri pemimpin parti Roket di sidang media hari ini. 

Sikap PKR itu mengecewakan lantaran parti itu yang mendesak tinjauan diadakan, sebagai sandaran untuk menguatkan tuntutan masing-masing dalam rundingan pengagihan kerusi. 

Bagaimanapun, tinjauan Merdeka Centre itu mendapati DAP lebih popular dalam kalangan pengundi Dayak dan Cina di kerusi Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru dan Bukit Simuja. 

PKR sekadar popular di Mambong. Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, partinya bagaimanapun menawarkan pakej Batu Kitang, Marudi dan Machan kepada PKR meskipun hasil tinjauan menyebelahi Roket. Menceritakan turutan peristiwa kepada media, Anthony berkata tinjauan itu pertama-tamanya dicadangkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua. 

Mengesahkan dakwaan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata DAP sebenarnya tidak berminat mengadakan tinjauan itu atas faktor kewangan. 

“Saya tanya, ‘Betul kamu mahu tinjauan dibuat? Dan kamu akan akur dengan hasilnya?’ “Mereka jawab, ‘Jangan bimbang, kami akan patuh’,” menurut Tony menceritakan jaminan PKR bahawa hasil tinjauan itu akan dipatuhi mereka. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata DAP bukan parti yang tamak walaupun bertanding di kerusi yang ditandingi PKR. “Kami mahu tumpu pada Simanggang kerana tinjauan menunjukkan kami popular di situ.” 

Sidang media bersama itu diadakan susulan pengumuman PKR dan DAP bertembung di enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Simanggang, Mambong, Murum dan Ngemah. 

Anthony mendakwa DAP sebenarnya bersedia mengundurkan diri daripada Batu Kitang sekiranya PKR berbuat sedemikian di lima kerusi lain. Namun, Anthony berkata sekarang sudah terlambat untuk berbuat demikian.

#PRNSarawak : Ceramah Lim Guan Eng tiada sambutan

lge3

KUCHING - Ceramah ‘grand’ DAP yang melibatkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di hadapan penyokong tegarnya hanya mampu menarik kira-kira 200 peserta sahaja di Miri semalam.

Ceramah sulungnya itu di kawasan Center Point bagi kerusi N.75 Senadin disifatkan sebagai ceramah bertaraf perdana bagi DAP, ia agak mengecewakan dari segi kehadiran masyarakat setempat.

Walhal kawasan tersebut di atas kertas dianggap berwarna hitam bagi BN apabila hanya menang majoriti kecil 58 undi pada PRN ke-10 berbanding rekod cemerlang Kim Shin sebanyak 4,799 undi pada PRN kesembilan lalu.

Dalam ceramahnya, Guan Eng mendakwa jika BN tumbang di Sarawak maka berakhirlah era cukai barangan dan perkhidmatan serta mahu pengundi Miri menghukum Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satim.

"Adenan harus dipersalahkan kerana menyokong kezaliman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa kononnya melakukan penipuan serta menyeleweng wang rakyat.

#PRNSarawak: Pembangkang Tiada Persefahaman Peluang Cerah BN Menang

image

Tiada persefahaman antara DAP dengan PKR tentang pembahagian kerusi serta sikap suka sabotaj antara satu sama lain memberi peluang cerah kepada Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau boleh ‘membaca’ bahawa peluang pembangkang untuk memenangi PRN-11 amat rendah berdasarkan situasi yang berlaku melibatkan parti-parti komponennya.

Ini menunjukkan petanda baik apabila kesemua 82 calon kami diiktiraf layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan difahamkan dua kawasan Barisan Nasional diumumkan menang tanpa bertanding iaitu di Bukit Sari (Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) dan Bukit Kota (Dr. Abdul Rahman Ismail).

“Saya fikir (punca kelemahan pembangkang) tidak persefahaman pendapat apabila DAP menentang PKR atau mereka meletak calon Bebas untuk menentang antara satu sama lain.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri. Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau adalah penyandang kerusi N3. Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu dan disahkan bakal bersaing dengan calon PKR, Jazolki pli Numen, 51, bagi merebut semula kerusi tersebut pada PRN-11.

Dalam pada itu Adenan memberitahu, beliau mempunyai pelan besar untuk dilaksanakan di kawasan Tanjung Datu pada masa depan.

“Sebab itu, saya kata tempoh dua tahun (sebagai Ketua Menteri) tidak cukup, kami (kerajaan) ada rancangan untuk pembangunan di bandar dan luar bandar. Pelan keseluruhan untuk Lundu dan Sematan bermula dengan projek tebingan Lundu serta Sematan,” katanya.

#PRNSARAWAK : Mampukah Pakatan Harapan Diselamatkan

Pakatan Harapan

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini menyaksikan pertembungan antara PKR dan DAP di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). 

Kawasan terbabit ialah Mambong, Ngemah, Simanggang serta dua kerusi baru, Batu Kitang dan Murum. Mengikut Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya dalam Perjanjian Pakatan Harapan, hanya seorang calon sahaja diletakkan mewakili gabungan parti pembangkang berkenaan. 

Walau bagaimanapun, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan pihaknya tidak memperoleh maklum balas DAP berhubung beberapa kerusi yang bertindih sehingga tengah malam tadi. 

“Keputusan Keadilan untuk menamakan calon-calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 telah dibuat secara bersama (kolektif) di antara pimpinan negeri dan pusat. 

Kerusi-kerusi Dun yang ditandingi merupakan kawasan-kawasan yang kami telah usahakan bertungkus-lumus bertahun lamanya. “Pakatan Harapan telah melalui proses perbincangan bagi 95 peratus jumlah kerusi yang ditandingi, tetapi hanya lima peratus kerusi yang tidak dapat dicapai kata putus. Ini merupakan satu pencapaian yang baik memandangkan proses perbincangan bukanlah mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Keputusan PKR Sarawak untuk bertempur dengan DAP itu dalam PRN yang membabitkan jumlah keseluruhan 82 kerusi Dun itu juga dilihat mendapat restu daripada kepimpinan pusat parti tersebut. 

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan dirinya memberi kuasa kepada PKR negeri untuk menurunkan calon mereka di lima kerusi yang menjadi rebutan dengan DAP. Sementara itu, keputusan PKR meletakkan calonnya di kerusi DAP mengundang reaksi kecewa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila menganggap partinya telah dibohongi. 

Menurutnya, PKR tidak mempunyai komitmen untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan satu sama lain. 

Dalam komponen parti pembangkang, PKR menghantar calon bertanding paling ramai iaitu di 40 kerusi Dun manakala DAP 35 kerusi walaupun jumlah bagi PKR dan DAP yang mulanya dipersetujui Majlis Presiden masing-masing ialah 35 dan 34 kerusi.

HARAPAN Gagal Pastikan Satu Lawan Satu, Kit Siang Mohon Maaf


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.

Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.

DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan calon mereka sendiri. Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.

Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.

Sementara itu di Miri, di ​​sebuah restoran kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam itu.

Bercakap kepada kira-kira 50 orang, kuat, Hadi menafikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat perkauman. Beliau juga memberi jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam akan berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama. Beliau menambah bahawa tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak boleh menerima PAS. "Jika kapitalisme dengan ikonnya Adam Smith dan sosialisme dengan ikonnya Karl Marx, kedua-duanya bukan Iban, Cina, atau Melayu, boleh diterima, mengapa tidak Islam?" katanya.


Kemudian ketika bercakap kepada media, Hadi berkata PKR yang harus dipersalahkan ekoran pertandingan tiga penjuru dengan PAS di Kakus, Jepak dan Lambir kerana parti Islam itu telah pun mengumumkan calon mereka lebih awal.


PAS Dah Nampak Tembelang PKR ‪#‎PRNSarawak‬



PAS mula sedar sikap PKR yang bermain kayu tiga. Ini disuarakan oleh AJK PAS Pusat, Dr. Zuhdi. tentang permainan PKR yang umpama gergaji dua mata. PAS akan ternganga dengan tindakan PKR dalam PRU14 nanti.

Kini PRN Sarawak PKR atas strategi Pakatan Harapan meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS.

PAS awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi yang telah ditentukan. Kini semua kerusi PAS tersebut turut ditandingi oleh parti-parti Pakatan Harapan. PKR-PAS di 4 kerusi, PAN-PAS di 5 kerusi dan DAP-PAS di 2 kerusi. Apa makna semuanya itu? Inilah ‘pakatan rahsia’ yang turut digerakkan oleh PKR. PH ingin nyahkan PAS daripada persada politik Negara.

Strategi inilah turut dirancang untuk PRU14 nanti. Namun tak pasti sama ada PH masih wujud ketika itu berdasarkan senario perbalahan PKR dan DAP dalam PRN Sarawak hari ini.

PAS perlu bersedia dengan pelan A dan pelan B serta pelan C. Dan sebaik-baiknya ialah mengambil kata putus PKR di mana mereka untuk PRU14 nanti.

Isnin, 25 April 2016

FAKTA MENARIK HARI PENAMAAN CALON PERLU ANDA TAHU #PRNSARAWAK


FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI HARI PENAMAAN CALON PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK (25 APRIL 2016)

1. DUN Sarawak kini mempunyai 82 kerusi berikutan persempadanan semula, yang menyaksikan tambahan 11 kerusi baru.

2. PERDANA MENTERI dan Ketua Menteri Sarawak menunaikan Solat Hajat sebelum berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon N.3 Tanjung Datu.

3. DUA calon BN telah menang tanpa bertanding di N.82 Bukit & N.79 Bukit Kota.

4. PERTEMBUNGAN 5 penjuru di 5 DUN.

5. PERSAINGAN 4 penjuru di 12 DUN

6. PEREBUTAN 3 penjuru di 28 DUN

7. PERTEMUAN satu lawan satu di 35 DUN.


8. PERTIKAMAN sesama Pakatan Pembangkang melibatkan di 17 DUN di PRN Sarawak kali ini.

9. BN akan bertanding di 80 DUN, PKR (40 DUN), DAP (31 DUN), Parti Amanah Negara (13 DUN), PAS (11 DUN), STAR (11 DUN), PBDS Baru (5 DUN) selebihnya 35 calon Bebas.

10. KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan menentang calon daripada PKR di N3 Tanjung Datu.

11. SPR merekodkan penjualan 971 kertas pencalonan sehingga 22 April lalu dengan Kuching merekodkan 124 kertas pencalonan dijual.

12. SEBANYAK 230 kertas pencalonan dikemukakan namun dua calon menang tanpa bertanding dan kertas pencalonan bagi dua calon lain ditolak.

13. CALON termuda berumur 25 tahun dan calon paling tua berusia 73 tahun.

14. CALON BN, Gerald Rentap dan Allan Siden akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Gramong Juna, selama sembilan penggal.

15. DUA Ahli Parlimen yang bertanding kali ini ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga (MP Betong) dan Tan Sri William Mawan (MP Saratok).

Senari 16 Kerusi Parti Pembangkang Lawan Sama Sendiri di #PRNSarawak



Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH


Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sesi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sesi cemuh mencemuh sesama sendiri.

DAP akan berperang dengan PAS di Miri.. #PRNSarawak







MIRI - Pertembungan diantara PAS dan DAP di Dun N74 Pujut dijangka akan memanaskan lagi kempen sepanjang pilihanraya negeri kali ini.

Calon PAS diletakkan dikawasan ini untuk menentang 3 lagi calon dari BN, DAP serta calon Bebas. Ini membuktikan bahawa perpecahan dikalangan Pakatan pembangkang semakin kronik bukan sahaja di semenanjung, tetapi juga kian menular ke Sarawak.

Walaupun sebelum ini DAP mendakwa mereka mempunyai hubungan baik dikalangan pembangkang, tetapi perebutan kawasan di Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini menunjukkan sebaliknya.

Sebelum ini PAS memutuskan untuk bertanding di beberapa kawasan pada PRN Sarawak untuk menentang DAP yang mereka dakwa bersikap besar kepala didalam Pakatan pembangkang.

Tindakan PAS ini mengundang kemarahan DAP serta menganggap PAS sudah berpaling tadah dan sudah 'dibeli' oleh Barisan Nasional. Mampukah PAS 'berperang' dengan DAP di PRN ini? 

#PRNSARAWAK: PM IRINGI ADENAN KE PUSAT PENAMAAN CALON

IMG-20160425-WA0202

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir bagi mengiringi Tan Sri Adenan Satem untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada proses penamaan calon yang ditetapkan hari ini.

Turut bersama beliau ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mereka turut bersolat sunat sebelum bergerak ke pusat penamaan calon berkenaan.

Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, terbesar dalam sejarah negeri berkenaan, ditetapkan hari ini manakala pengundian pada 7 Mei ini.

 IMG-20160425-WA0179
Adenan setakat ini merupakan faktor kemenangan dan penarik paling besar bagi BN di negeri terbesar ini dengan populariti dan jalinan mesra rakyat dengan kerajaan terserlah serta mencerminkan impak berkesan dalam tempoh yang singkat.

#PRNSarawak : Kronologi Proses Penamaan Calon PRN Sarawak

prn21

KUCHING: Berikut adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 yang berlangsung awal pagi Isnin:
9 pagi: Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dibuka. Proses penamaan calon akan berlangsung selama sejam sehingga 10 pagi.
8.57 pagi : Penyokong BN bersiap sedia berarak mengiringi Tan Sri Adenan Satem di Masjid Darul Taqwa, Lundu.
8.30 pagi: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Rumah Kesihatan Kerajaan Lundu (Gading). Beliau akan mengiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu.
8 pagi: Suasana di pusat penamaan calon bagi DUN Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.

#BNSARAWAK ADENAN PENYUNTIK SEMANGAT



Ketua Menteri, Tan Seri Adenan Satem dijadikan sebagai penyuntik semangat bagi Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Hasil kajian Merdeka Center yang menunjukkan 81 peratus daripada 815 responden dalam kalangan pengundi Sarawak berpuas hati dengan prestasi Adenan.

Kajian yang dibuat Januari lepas itu menunjukkan peratusan itu telah meningkat berbanding 74 peratus dicatatkan pada April 2015.Dalam tempoh dua tahun, lebih 50 dasar yang tidak pernah dilaksanakan di negeri-negeri lain telah dikuatkuasakan oleh Adenan.

Ini antaranya penurunan tarif elektrik sehingga 50 peratus, pengecualian bayaran elektrik untuk penggunaan tidak melebihi RM20 sebulan, penghapusan bayaran premium untuk tanah bagi pertanian dan kediaman dan penghapusan bayaran tol jalan raya.

PM iringi Adenan ke pusat penamaan calon

LUNDU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N3. Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem tiba di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) di Dewan Masyarakat Lundu di sini dengan diiringi Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa pemimpin tertinggi BN lain.
Adenan yang tiba pada pukul 9.15 pagi tadi turut diiringi kira-kira 5,000 penyokong BN sebelum masuk ke pusat penamaan calon bersama seorang penyokong serta pencadang.
Dalam pada itu, penyokong BN dilihat mula berkumpul dan membanjiri jalan masuk di sekitar pusat penamaan calon seawal pukul 8 pagi sambil membawa sepanduk BN

Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak bertenang isu MB Terengganu



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Sultan Mizan Zainal Abidin telah membatalkan semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

"Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

"Selaku mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan," kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

#PRNSARAWAK : NAJIB RAZAK TERIMA SAMBUTAN HEBAT DI KEDAI KEK LAPIS

image
Perdana Menteri membuat kejutan ke gerai kek lapis terkenal di Kuching iaitu Mira Cake House.
Gerai yang berada di Kampung Boyan itu telah dikunjungi Datuk Seri Najib Razak semasa sesi lawatan beliau kali ke 51 melawat Sarawak bermula pagi Ahad.
Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk meraikan Najib yang kali kedua melawat kawasan berkenaan.
Selepas itu, Najib beramah mesra dengan pelancong dan penduduk sekitar Medan Selera Tebingan Kampung Boyan.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijangka akan turun mengiringgi calon BN N.03 Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem pada sesi penamaan calon esok.

#PRNSarawak: Anak Mendiang Karpal Singh Disekat Masuk


Kini tiba pula giliran Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo disekat masuk dari negeri Sarawak. Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, anak mendiang Karpal Singh itu terpaksa melalui hari yang malang kerana kesilapan diri sendiri.

Tidak mengakui dirinya bakal membawa pengaruh buruk kepada rakyat Sarawak, Jagdeep mendakwa tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menghalang dirinya dari memasuki negeri itu adalah disebabkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem adalah seorang penakut.

“Saya amat kecewa selepas dinafi memasuki Kuching, Sarawak oleh Jabatan Imigresen, semasa tiba di sini pada jam 9 pagi ini(ahad). Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan saya seorang warganegara Malaysia, dan secara undang-undang dan perlembagaan, saya mempunyai hak untuk masuk ke Sarawak.

“Penafian kemasukan saya dan lain-lain individu sebelum ini dalam tempoh pilihan raya Sarawak, jelas menunjukkan bagaimana sistem ini tidak demokratik. Tetapi yang lebih penting, ia isyarat bahawa kerajaan negeri Sarawak yang diketuai oleh Adenan takut menuju ke arah demokrasi yang sihat,” katanya.

Kalau takde buat salah atau bakal membawa ‘musibat’ kepada rakyat Sarawak, tak kan la dorang nak halang masuk kot! Elok si Jagdeep ni muhasabah diri dan fikir balik kenapa dia dihalang masuk daripada menyalahkan pihak berkuasa sahaja.

“Pegawai imigresen, Cik Goh memberitahu yang dia hanya melaksanakan arahan kerajaan negeri. (Saya hanya melaksanakan arahan Pihak Berkuasa Negeri) bila saya tanya sebab dihalang.

“Apabila saya tanya dia di bawah peruntukan undang-undang apa, dia (pegawai imigresen) menyatakan tidak dapat memberi sebarang jawapan dan menyatakan bahawa beliau hanya melaksanakan arahan kerajaan,” ujarnya.

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, pastinya ada sebab kenapa Jagdeep dihalang masuk Sarawak. Mustahil la Adenan seorang yang pengecut seperti yang didakwa… Kelakar betul la, salah sendiri nak lempar tahi kat orang lain pulak.