Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf
ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan
pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.
Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal
menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau
menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.
DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu,
Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan
calon mereka sendiri. Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan
calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.
Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong
Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul
Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina
itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.
Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan
turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual
kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.
Sementara itu di Miri, di sebuah restoran
kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh
kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam
itu.
Bercakap kepada kira-kira 50 orang, kuat, Hadi
menafikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat perkauman. Beliau juga
memberi jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam akan berlaku adil kepada
semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama. Beliau menambah bahawa tidak
ada sebab rakyat Sarawak tidak boleh menerima PAS. "Jika kapitalisme
dengan ikonnya Adam Smith dan sosialisme dengan ikonnya Karl Marx, kedua-duanya
bukan Iban, Cina, atau Melayu, boleh diterima, mengapa tidak Islam?"
katanya.
Kemudian ketika bercakap kepada media, Hadi
berkata PKR yang harus dipersalahkan ekoran pertandingan tiga penjuru dengan
PAS di Kakus, Jepak dan Lambir kerana parti Islam itu telah pun mengumumkan
calon mereka lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan