Khamis, 28 April 2016

#PRNSarawak : PM umum RM2 juta untuk pembinaan Gereja St. Jude di Serian

image
SERIAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi pembinaan bangunan baharu Gereja St. Jude di Kampung Bunan Kedup di sini hari ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM1 juta merupakan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, manakala RM1 juta lagi sumbangan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada prinsip kebebasan beragama di negara ini.
"Saya berharap rakyat Sarawak memberikan kemenangan besar kepada BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) nanti bagi membolehkan negeri ini membangun lebih pesat dalam Malaysia," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini sebentar tadi.
Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup, Martin Ben. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan