Rabu, 12 Mac 2014

Satu Lagi PRK Bakal Diadakan...!!! Karpal Didapati Bersalah Hina Sultan Perak, Denda RM4,000?


















Peguam Karpal Singh hari ini didenda RM4,000 kerana didakwa bersalah di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.


Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan hari ini, supaya pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu, beliau akan memfailkan rayuan bagi meringankan hukuman ini.

“Saya akan failkan rayuan,” katanya ringkas. Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009.

Karpal didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Jan 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan!


POLITIK | #PRKKajang #WAWI4kajang SIANG DAN MALAM TIADA ORANG TANDA PR TIADA SOKONGAN

Apa dah jadi ni? Siang tadi takde orang PAS datang masa penamaan calon, malam ni pulak dah takde orang datang dengar ceramah, adakah tanda tanda kemusnahan PKR akan berlaku di Kajang.
 

Cuba tengok berapa ramai yang datang dalam sesi ceramah yang diadakan oleh puak Pakatan di stadium Kajang pada malam ni.

Menurut sahabat Sangkakala yang menghantar gambar diatas kepada Sangkakala, antara yang datang memberikan ceramah pada malam ini ialah, Leman Raja Lawak dan Tian Chua.

Kalau dah macam ni kehadirannya nampak sangat dah kena tolak jauh Pakatan ni sedangkan negeri Selangor diperintah oleh mereka.

Yang duduk duduk santai tu pulak sebenarnya adalah mereka yang datang ke karnival yang diadakan di stadium tersebut dan menurut rakan Sangkakala, kebanyakan yang ada disitu adalah pengunjung karnival yang ada di tapak berkenaan.


Kronologi hari ke-4 kehilangan pesawat MH370

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi 120 batu nautika di perairan timur Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). 
* 8 Mac - Kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

* 9 Mac - Bantuan luar negara tiba dalam operasi SAR mencari MH370 melibatkan 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara iaitu daripada China, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia dan Singapura. 


* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluaskan di Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu, daripada negara Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.


* 9 Mac - APMM menghantar sampel tompokan minyak ditemui di kawasan Laut China Selatan, 100 batu nautika dari pantai Tok Bali dekat sini ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis.

* 10 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

* 10 Mac - APMM mengesahkan tompokan minyak dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang.

* 10 Mac - Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. 

#PrayForMH370: TEKNOLOGI KHAS UNTUK BANTU CARI PESAWAT #MH370 DILANCARKAN!!!

Sebuah syarikat gergasi US yang berasaskan pemetaan
bumi (earth-imagery), DigitalGlobe melancarkan 'crowdsource search'
khas untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah hilang
sejak 3 hari lalu.


Anda cuma 'tag' dimana anda berada pada peta yang disediakan pada halaman
 tamnod. Kemudian, secara automatik gambar-gambar yang dikongsikan akan
diaktifkan pada sistem Firstlook untuk paparan dan analisis syarikat.




Selasa, 11 Mac 2014

Najib Hadir Taklimat Terkini MH370

PETALING JAYA, 11 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberi taklimat mengenai perkembangan serta perancangan terkini operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.

Taklimat selama 90 minit itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Keselamatan Koordinasi Aeronautika, Pusat Kawalan Trafik Udara DCA di Subang.

Turut sama dalam taklimat itu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

-- BERNAMA

MH370: Dua pasport dicuri tiada dalam senarai suspek Interpol

KAJANG - Pasport curi yang digunakan oleh dua lelaki untuk menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas tidak termasuk dalam ’senarai suspek’ (SL) Polis Antarabangsa (Interpol).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor itu menyebabkan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas sewaktu hari kejadian tidak mempunyai sebarang kecurigaan ketika melepaskan kedua-dua lelaki itu ke dalam penerbangan.
"Jika Interpol meletakkan tanda ’SL’ dalam pasport yang hilang itu, semua kaunter Imigresen di seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Namun dua pasport berkenaan tidak termasuk dalam senarai berkenaan.
"(Oleh itu) saya amat yakin dengan kebolehan pegawai Imgiresen yang berada di kaunter penyemakan sebelum kejadian berlaku," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Taman Kota, di sini.
Awal hari ini, polis mengesahkan telah mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan itu dengan menggunakan dokumen curi. - Bernama



Majlis Peguam Sahkan Anwar Meliwat

Puak pembangkang nampaknya cukup tidak puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas.   Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan. 
Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes Anwar Ibrahim.  Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat bertindak,
lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi.   Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan.  Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan. 
Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 .  Mungkin dengan memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak terhingga.   Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan tragedi MH370. 
Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370.  Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti.  Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370.   Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut. 
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:
"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa."
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa. 
Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat. 
Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung. 
Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam. 
Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai 'mengganggu' strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan rayuan kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.  



Parlimen doakan keselamatan MH370


Isnin, 9 September 2013

KERINDUAN MENGALAHKAN RASA SAKIT

Guru Mulia Al Arif Billah Al Habib Umar Bin Hafidz Bin Syech Abubakar Bin Salim,Bercerita...:

Sewaktu Sayidina Bilal ra dalam Sakaratul Maut, dan nafasnya tersengal-sengal, lalu istrinya berkata : wahai suaminya , apakah sakit yg telah kau derita, ya bilal, lalu Bilal Berkata, tidak , akan tetapi. "Waa Torabaah, ghadan alqo Ahibbah Muhammadan Wa hizbah"..

Alangkah gembiranya aku, esok aku akan berjumpa dengan insan yang paling aku Kasihi, Muhammad dan pasukan-pasukannya (Sahabat-Sahabatnya).. Sakaratul Maut yang
sakitnya bagai dilibas 300 pukulan pedang pun Sayyidina Bilal tidak terasa, karena didalam

Hatinya mahabbatullah wamahabbatirasulillah hanya Dipenuhi Kecintaan Pada Allah Dan Rasul-Nya.....
Wallahu`alam

Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa 'ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur"
Artinya

(wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur

Petua arah kiblat

Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah.

Harga rumah di Kelantan naik

KOTA BHARU - Harga rumah di Kelantan mungkin turut berdepan kenaikan, namun bukan semata-mata disebabkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen, sebaliknya dipengaruhi banyak faktor termasuk harga tanah dan bahan mentah.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar berkata, ada kemungkinan untuk naik, tetapi tidak sampai 10 peratus sebagaimana kenyataan Rehda Malaysia.

“Mungkin naik dalam dua atau tiga peratus, atau lebih tapi tak sampai 10 peratus, sebab kini harga simen sudah naik RM2, daripada RM18 sebelum ini.
“Apa yang boleh dikatakan, apabila harga minyak (diesel dan petrol) naik, tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi kenaikan harga barangan lain, walaupun asas penghasilan sebahagian barang keperluan itu bukan daripada bahan api berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Rehda, Datuk Seri Michael Yam Kong Choy yang sebelum ini menyatakan peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen dijangka menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Sekarnor berkata, kenaikan barangan lain mungkin tidak begitu mempengaruhi barangan lain, tetapi berbeza dengan petrol dan diesel kerana ia melibatkan pengangkutan serta kemudahan harian.

“Bila harga minyak naik, ramai yang mula ambil kesempatan, nak buat macam mana, memang begitu situasinya,” katanya.

Menurutnya, situasi di Kelantan mungkin berbeza berbanding negeri lain, kerana kenaikan harga sebelum ini tidak hanya dipengaruhi satu-satu faktor sahaja, sebaliknya berlaku secara tradisi.

Fakta TESCO Di Kota Bharu Ramai Yang Orang Tidak Ketahui

-TESCO Pertama di Dunia yang ditutup pada waktu Solat Jumaat
-TESCO Pertama di Dunia yang tidak menjual minuman keras, arak ataupun produk segar yang tidak halal
-TESCO Pertama di Dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya

-85% Pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai.


Selasa, 27 Ogos 2013

Hampir 100,000 kediaman alami gangguan bekalan air

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan berlakunya henti tugas tidak berjadual di Rumah Pam Wangsa Maju.

Menurut Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred, berikutan masalah itu kolam-kolam simpanan air utama Syabas di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Katanya, penurunan paras kolam air yang berlaku adalah disebabkan berlakunya kejadian henti tugas tidak berjadual di rumah pam Wangsa Maju yang dikesan berlaku pada sekitar jam 4 petang kelmarin,

"Punca kejadian disebabkan rumah pam tersebut mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. Pada masa ini, pihak Syabas dan kontraktor yang dilantik sedang berusaha mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam dapat beroperasi seperti biasa.

"Bagaimanapun, tempoh pembaikan bagi kerja-kerja ini masih belum dapat dipastikan pada masa kenyataan ini disiarkan," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Priscilla berkata, disebabkan kejadian tersebut, pihak Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 8 pagi semalam, apabila dianggarkan sejumlah 91,963 akaun pengguna di kawasan terbabit terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual termasuklah tekanan air rendah.

"Pada masa ini, Syabas menyediakan sebanyak 42 lori tangki dan 525 tangki statik diletakkan dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.

"Pihak Syabas mengharapkan agar para pengguna dapat memahami keadaan ini dan menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran dari berlaku," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, pihak Syabas akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.


http://www.sinarharian.com.my/

Isnin, 19 Ogos 2013

Kerana TAKSUB kepada Ajaran Sesat , Isteri Baru 3 Bulan Dikahwini Lari meningalkan Suami! subhanallah!!

SEORANG bekas pengikut al-Arqam atau Global Ikhwan, Muhammed Fidauddin Mohd Zaki, 22, merayu agar isterinya yang menjarakkan diri sedangkan mereka baru tiga bulan berkahwin agar segera pulang ke pangkuannya.

Fidauddin yang ditemui di sidang media khas anjuran Srikandi Malaysia bagi mendedahkan cubaan menghidupkan ajaran al-Arqam oleh Hatijah Am atau Ummu Jah semalam, antara lelaki yang menjadi mangsa undang-undang Ummu Jah yang menghendaki isteri berpisah dengan suami yang tidak lagi menyertai perjuangan mereka.

Menurut Fidauddin, perkahwinannya dengan isteri berlangsung di Mesir dan diatur oleh jemaah. Namun setelah menyedari terdapat banyak perkara yang terpesong di sisi Islam, dia mengajak isterinya agar sama-sama insaf namun tidak dipersetujui si isteri.

Isterinya bertindak meninggalkan kediaman keluarga Fidauddin di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas mereka pulang ke Malaysia baru-baru ini dengan alasan, mahu bertemu ibu di Kuala Lumpur. Sejak itu, Fidauddin tidak lagi mampu menjejaki di mana lokasi sebenar isterinya berada.

“Saya masih sayangkan dia dan menaruh harapan agar dia kembali taat sebagai isteri,” ujar Fidauddin.

Jumaat, 14 Jun 2013

Rasulullah saw bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan "


(1) Mempersekutukan Allah 

(2) Sihir 

(3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alasan yang dibenarkan Allah (seperti qisas) 

(4) Memakan harta anak yatim

(5) Memakan riba

(6) Lari dari medan pertempuran

(7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina).” 

Isnin, 10 Jun 2013

Ancaman meninggalkan Solat Jumaat

 
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur


Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

15 keajaiban kaabah yang perlu anda ketahui

15 keajaiban yang kurang diketahui tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Jumaat, 7 Jun 2013

Amalan sebelum tidur

 
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:

Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.