Selasa, 16 April 2013

Gempar !! Rangka misteri 600 tahun dijumpai ???

Daily Mail


Ahli arkeologi Ireland Utara menemui rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini.

Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut.

Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu.

Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya.

"Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini.

Daily Mail

Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum.

Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara.

Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini.

Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan

Cara Menjaga Kesihatan Emosi

Sihat didefinisikan sebagai sihat dari segi fizikal dan mental. Ini bererti sihat merangkumi aspek-aspek kesihatan fizikal, namun juga fikiran serta jiwa. Melalui fikiran yang sihat kita boleh wewujudkan sebuah kehidupan yang berkualiti. 
 
Kita boleh menerima perubahan yang berlaku dalam hidup dengan pandangan yang positif, mewujudkan kemampuan kreatif dalam kerjaya dan menjadikan hidup ini dengan lebih bermakna.

Berikut ada beberapa tip agar kita tetap memiliki dana menjaga fikiran yang sihat.

1. Hidup sihat
Jauhi hal-hal membuat diri anda tua sebelum usia seperti alkohol, merokok, bekerja tak kenal lelah dan berjaga sepanjang malam. Seimbangkan menu makanan anda. Cukupkan masa rehat. Bersenamlah secara teratur untuk fizikal yang cergas dan sihat. Perhatikan jam kerja anda, jangan jual masa kepada kerjaya semata-mata. Uruskanya dengan bijak.

2. Ciptakan hubungan yang harmonis
Hubugan yang sihat selalunya berlandaskan sikap saling memahami, kasih sayang dan saling memaafkan. Percayakah anda bahawa salah satu cara mengatasi stress adalah berhubungan dengan orang-orang yang kita cintai dan sayangi? Ini membuat hidup terasa indah. Dengan ikatan yang harmonis kita berfikiran lebih positif dan bersemangat. Terasa seperti ada alasan untuk hidup.

3. Cuba sesuatu yang baru
Fikiran yang sihat adalah fikiran yang sentiasa aktif dan tidak statik. Untuk menyihatkan fikiran, cambahkan minat untuk mempelajari hal-hal baru dan alami sesuatu  yang belum anda rasai. Cuba hobi berkebun , membaca buku motivasi, tonton filem baru di pawagam, ikuti kelas berenang atau pergi ke tempat yang anda tidak pernah kunjungi. Ini merangsang kereativiti dan minda anda.

4. Jalankan tugas sebaik mungkin
Kejayaan kita menjalankan tugas dengan baik menjadikan hidup lebih bermakna.  Tak kiralah anda sebagai isteri, ibu atau anak di rumah dan sebagai pekerja di pejabat, anda mempunyai tugas. Maka cuba penuhinya dengan bijak dan sehabis baik. Jika gagal sekalipun, kita tahu kita sudah mencuba apa yang termampu.

5. Sedar keterbatasan fikiran
Menyedari bahawa kita tidak boleh menyelesaikan semua masalah sendiri. Dengan menyedari keterbatasan fikiran dan kemampuan, anda tidak begitu kecewa apabila terpaksa melepaskan sesuatu walaupun sukar. Apabila kita pasrah dan redha, kita boleh menerima takdir dengan lenih baik manakala fikiran juga tidak terbeban.

6. Jadi pemaaf
Memaafkan bukan bermakna anda yang bersalah atau pengecut. Memang sukar untuk memaafkan apatah lagi kesalahan itu besar. Tapi maaf bersifat ajaib. Kita akan berasa lega apabila kita memaafkan seseorang. Seolah-olah beban yang berta di bahu hilang begitu sahaja. Sematkan sifat pemaaf kerana kita bukan sahaja dihargai malah emosi kita juga tidak terbelenggu.

Isnin, 15 April 2013

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Memberi Jaminan Keselamatan Di Sabah

SEMPORNA: Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.

Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Saya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.

"Kami sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keadaan itu berterusan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di kawasan pantai timur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Cina di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zulkifeli berkata jumlah anggota tentera di Lahad Datu akan dikurangkan dan ditempatkan di kawasan lain seperti Semporna dan Sandakan secara beransur-ansur.

Beliau berkata anggota tentera yang dipindahkan itu akan tinggal di kem-kem tentera di kawasan mereka ditempatkan.

Mengenai Operasi Daulat yang akan ditamatkan dalam beberapa hari lagi, Zulkifeli berkata operasi itu akan ditransisikan kepada Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa ini pegawai-pegawai ESSCOM telah berada bersama-sama beliau di markas operasi di Felda Sahabat untuk memantau pelaksanaan operasi.

Jumaat, 12 April 2013

Rekaan dari tin

Buat masa ni x da stok utk dijual, cuma pamer sahaja.... tunggulah nanti kemunculannya di sekitar Keramat, Kuala Lumpur
 

Kisah Seorang Yahudi tinggal di rumah Rasulullah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Baginda tanpa mengusirnya , padahal ia seorang yahudi yang berbeda agama dengan Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam , tetapi Baginda mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah beliau ,



Baginda tidak melarangnya atau dengan mengatakan : ” engkau yahudi tidak boleh tinggal di rumahku , kotor dan najis !! ” , tidak demikian akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam .

Orang yahudi itu tinggal bersama Rasulullah dan tidur disana , makan sepiring dengan Rasul, membawakan air minum Rasul , seakan telah menjadi bagian di keluarga Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam , sampai suatu saat ia sakit dan Rasul menjenguknya,

Rasul tidak berkata : ” syukur yahudi itu sakit dan tidak tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi beliau berkata : ” mana orang yahudi yang tinggal di rumahku , mengapa dia pergi, apa kesalahanku ? ! ” .

Maka setelah rasul sampai di rumah orang yahudi itu , ternyata ia sudah dekat dengan sakaratul maut , maka Rasul berkata : ” wahai pemuda , maukah kau ucapakan ” Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ” , maka pemuda itu pun ragu untuk mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi ,maka ayahnya berkata : ” betul , taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu ” ,

Dan pemuda itupun mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat , maka berubahlah wajah Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu wafat dalam keadaan Islam , demikian indahnya kerukunan umat beragama.

Khasiat buah betik!!!

Suara Bertaut memang dari dulu lagi suka makan buah betik,, di sini ingin kongsikan kepada anda semua.....


  1. kaya dengan vitamin C - kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi daripada buah limau..  setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C dalam sehari..
  2. merawat kulit - bagi merawat masalah kulit seperti jerawat & kedutan, kandungan dalam vitamin C yang terdapat dalam buah betik amat membantu. Hancurkan buah tersebut dan kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi dan lihatlah hasilnya...
  3. lindungi jantung - zat vitamin A dan pelbagai jenis zat vitamin B seperti riboflavin , zat folate , dan cryphtoxanthin adalah sejenis karotena yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. unsur ini amat penting bagi kesihatan jantung selain melindungi daripada rosak.
  4. lawaskan kencing - betik masak yang dicampurkan madu asli adalah lebih baik bagi pesakit yang tidak lawas kencing. dengan membuang air kecil secara baik , ia dapat menghindarkan kamu daripada mendapat masalah batu karang pada pundi kencing.
  5. tonik tambahan - buah betik yang kaya dengan vitamin A & C ini dapat menambahkan tenaga buat mereka yang selalu mengalami keletihan / kelesuan . jika dicampurkan dengan madu / susu, ia boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak serta mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
  6. proses penghadaman - betik mengandungi serat, zat protien dan enzim papain. enzim papain merupakan unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan serta membantu mengelakkan diri daripada masalh sembelit.
Diharap mulai sekarang buah betik menjadi kegemaran anda....

Terkini !!! Senjata Api Disorokkan Lagi Di Lahad Datu !!!

FotoLahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Semenjak kehadiran ATM dalam usaha membantu PDRM bagi mengatasi pencerobohan di Lahad Datu, Suara Bertaut berasa bangga dengan keupayaan, kebolehan dan kelengkapan yang dimiliki oleh pasukan itu untuk mengawal keselamatan negara dari ancaman musuh... TQ ATM / PDRM

"Jasamu dikenang oleh masyarakat"

Renungan Untuk Suami/Isteri!!!!

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

                       

Kalau suami komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen suami dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana bapa tak respek isterinya.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

Jadi, kalau anak-anak tak dengar cakap (ibu/ bapa), cuba semak balik macam mana kita melayan isteri/ suami depan anak-anak! Kerana walaupun anak-anak tak cukup bagus untuk dengar apa yang kita CAKAP, tapi mereka tak pernah gagal untuk tiru apa yang kita BUAT…

ingat lah wahai suami di dunia ini,jgn sekali marah isteri anda di depan anak2,itu contoh x bagus utk anak 2 anda.

Sama-sama kita fikirkan…

10 mayat yang tidak akan reput di dalam kubur



 
Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MENAFIKAN DAKWAAN PKR MENGENAI ISU KOR RISIK ATM!!

“Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara,” katanya.

“Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).

“Perkara itu hanya strategi pihak berkenaan untuk menyalahkan ATM sekiranya ada huru-hara yang sebenarnya dirancang mereka,” katanya.





Ramai yang mengucap panjang apabila baca berita pemimpin PKR Datuk Johari Abdul yang dakwa dapat maklumat kononnya Kor Risik ATM melatih Pemuda UMNO dan orang awam buat huru-hara masa PRU. Johari 'lontar bom asap' itu dalam satu sidang media di ibu pejabar PKR baru-baru ini.

Bagi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas bahkan menganggap ia merupakan strategi pembangkang untuk menyalahkan pihak tertentu khususnya ATM apabila berlaku huru-hara.

Khamis, 11 April 2013

300 Wira Gugusan Labian Pulang



LAHAD DATU- Seramai 300 anggota tentera dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (RRD) pulang Rabu selepas lebih tiga bulan berkhidmat di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu berikutan insiden pencerobohan pengganas di pantai timur Sabah.


Pegawai Memerintah Tiga RRD, Lt Kol Wan Edenin Wan Mahsin berkata kesemua wira negara itu akan pulang ke Kem Oya, Sibu, Sarawak dan digantikan dengan Batalion Kesembilan RRD dari Taiping, Perak. ”Mereka akan meneruskan tugas-tugas penstabilan kawasan dan memperbaiki serta meningkatkan keyakinan penduduk di sini,” katanya kepada pemberita.

Kepulangan anggota keselamatan itu diiringi ucapan penghargaan oleh penduduk yang berkumpul di kawasan masuk dan keluar kampung.

Sambil memegang kain rentang yang tertulis ucapan terima kasih di atas jasa perwira negara menjaga keselamatan penduduk setempat susulan pencerobohan itu, mereka mengambil peluang bersalaman dengan anggota keselamatan berkenaan.

Wan Edenin berkata walaupun situasi bertambah baik, namun anggota keselamatan akan terus menjaga aspek pertahanan dan keselamatan di situ.

“Orang kampung sudah dibenarkan ke kebun dan ke laut untuk melakukan tugas harian mereka dalam keadaan lebih yakin,” katanya.

Penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak 30 Mac selepas pasukan keselamatan memastikan kawasan mereka selamat daripada ancaman penceroboh militan dari Sulu.

Sementara itu, kehadiran murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan Lok Buani semakin meningkat hari ini berbanding hari pertama kedua-dua sekolah itu dibuka Isnin lepas.

Guru Besar SK Labian, Sakka Labacho berkata 188 murid hadir ke sekolah hari ini berbanding 151 Isnin lepas. Sekolah yang dibuka sejak 1966 itu mempunyai 252 murid dan 18 guru.

“Kita diberitahu bagi 64 murid yang tak hadir, ada antara mereka masih menetap di penempatan sementara dan tiada kenderaan untuk hadir ke sekolah,” katanya semasa menerima lawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Lian.

Beliau berkata bagi menggantikan sesi pembelajaran yang tertinggal berikutan penutupan sekolah selama sebulan, kelas ganti akan diadakan setiap Sabtu bermula minggu ini.

Di SK Lok Buani, 120 murid hadir ke sekolah hari ini berbanding 97 Isnin lepas. Sekolah itu mempunyai 150 murid.

Guru Besar SK Lok Buani Saabi Hasim berkata sesi pembelajaran berjalan lancar dengan murid tidak menunjukkan sebarang trauma atau masalah lain berikutan insiden pencerobohan itu.

Tinjauan mendapati kedua-dua sekolah itu masih dikawal ketat oleh pasukan keselamatan yang turut menjalankan rondaan di kawasan sekitar.

PUSAT PEMULIHAN KEMASYARAKATAN DI SANDAKAN




SEMANGAT....Datuk Zahid Hamidi bergambar dengan para anggota dan pegawai kanan TLDM sempena lawatan kerja ke Pangkalan KD Sri Sandakan.
 
SANDAKAN: Sebanyak lima lagi Pusat Pemulihan Kemasyarakatan akan dibina termasuk satu darinya akan dilaksanakan di negeri ini. Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keempat-empat pembinaan pusat itu akan ditempatkan di kawasan Kem Tentera Darat di Kota Belud; sementara dua lagi akan dibina di Kem Tentera Udara dan Tentera Laut bagi membolehkan program pemulihan Orang Dalam Seliaan (ODS).
 
Bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja dan majlis Ramah Mesra di Jabatan Penjara di sini, kelmarin katanya usaha itu merupakan jaringan di bawah konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan di mana Kementerian Pertahanan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Jabatan Penjara saling berkerjasama untuk membantu memulihkan banduan yang dipenjara kurang atau tidak melebihi tiga tahun.
 
Beliau berkata, program telah dilaksanakan di lima buah negeri iaitu di Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.
Katanya, sejumlah 3,000 ODS telah berjaya menjalani pemulihan dipulihkan di pusat berkenaan sejak dua tahun lepas.
 
"Tidak seorangpun yang telah dipulihkan kembali ke pusat pemulihan dan ia merupakan kerjasama pintar antara dua pihak. Elemen penting dalam pemulihan ini adalah telah menghantar pegawai pemulihan Kor Agama Tentera untuk menerapkan elemen-elemen sahsiah," jelasnya.
 
Tambahnya, ia merupakan kerjasama pintar antara usur kedua dengan menyuntik unsur pembinaan semula sahsiah di mana jabatan penjara bersama Kor Agama Tentera untuk memasukkan eleman kerjasama bagi pemulihan sahsiah.
 
Di samping itu, ujarnya, elemen menyuntik kesedaran baru di kalangan mereka kerana apabila kembali menjadi anggota masyarakat maka mereka sudah bebas untuk menjadi masyarakat di luar.
 
Katanya lagi, di bawah ODS ini akan dilatih serta diberikan tugasan bercucuk tanam dan menternak ikan tawar yang mana hasilnya nanti akan disalurkan kepada akaun masing-masing sebaik saja keluar dari pusat pemulihan berkenaan
 
Menurut beliau, pembinaan ODS tidak menelan kos tinggi yang mana dianggarkan hanya 10 peratus jumlah pembinaan sesebuah projek.
 
"Kejayaan kita memulihkan mereka mendorong kerajaan membina untuk menambah bilangan pusat pemulihan kemasyarakatan ini di setiap negeri kerana pesalah ODS akan dapat dipulihkan di pusat baru dari berada di penjara yang akan menyebabkan mereka bercampur dengan pelaku jenayah berat," Tegasnya.
 
Zahid menegaskan pusat itu lebih selesa dan dapat memberikan mereka peluang untuk kembali menjalani kehidupan sediakala apabila keluar dari pusat pemulihan berkenaan.
 
Dalam pada itu, beliau menyampaikan terima kasih kerajaan kepada kerajaan Filipina yang memberikan kerjasama penuh dalam soal keselamatan perairan negara.
 
Katanya, kerjasama antara kedua-dua negara dengan memperkukuhkan kawalan di perairan antara Angkatan Tentera Laut dan Pegawal Pantai negara jiran itu.
 
"Mereka (Filipina) telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan hasil kerjasama antara Menteri Pertahanan (saya), dengan Setiausaha Pertahanan Fipilina dan Menteri Luar kedua-dua negara membolehkan kita memperolehi maklumat setiap yang ditahan," katanya.
 
Sebelum itu, Zahid mengadakan lawatan ke pangkalan KD Sri Sandakan sebelum ke Jabatan Penjara seterusnya ke kem tentera di Sri Kinabatangan dekat sini.
 
Beliau berkata, hasil kerjasama antara negara jiran itu juga membolehkan setiap mereka yang ditahan diketahui latarbelakang mereka sebelum membawa mereka ke mahkamah atas kesalahan menceroboh ke negara ini.
 
Katanya, kerajaan Malaysia tidak berhasrat mencampuri masalah domestik negara itu tetapi ia merupakan kerjasama pintar antara negara berjiran dalam menghadapi masalah yang ada kaitan dengan pilihanraya.
 
"Mereka tidak mahu apa yang berlaku di Lahad Datu mengganggu proses pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi," katanya
 
Terdahulu Zahid membuat lawatan ke Pangkalan KD Sri Sandakan di mana beliau telah  memuji sikap para anggota ATM yang begitu semangat berani  dan tidak gentar untuk berdepan dengan musuh-musuh yang tidak diundang itu.
 
“Kita tidak rela  tanah kita di bumi Malaysia ini khususnya di Lahad Datu Sabah  diceroboh walaupun seinci kita akan tentang habis-habisan sehingga ketitisan darah yang terakhir ini azam dan tekad kita untuk berdepan dengan para pengganas yang menggangun ketenteraman kita,” tegasnya.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Nama Mulai bertugas Selesai bertugas Gelaran Parti
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1957 1970 Bapa Kemerdekaan UMNO
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1970 1976 Bapa Pembangunan UMNO
Tun Hussein bin Dato' Onn 1976 1981 Bapa Perpaduan UMNO
Tun Dr. Mahathir Mohamad 1981 2003 Bapa Pemodenan UMNO
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 2003 (kini) Bapa Pembangunan Modal Insan [1] [2]
Pak Lah
UMNO
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Di mata orang awam, Abdullah dikenali sebagai seorang yang ramah, tegas dan mempunyai pribadi yang kuat.

Khasiat berwuduk sebelum tidur


Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Kor Risik (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno khusus cetus huru-hara PRU13?



KUALA LUMPUR: PKR menuntut penjelasan berhubung satu maklumat yang diperolehi mereka bahawa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam untuk mensabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).


Memetik laporan Sinar Harian Online, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul (gambar) mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut ujarnya mendakwa sebagai seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.

"Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melakukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, yang dipetik akkbar versi online itu.

Sehubungan itu katanya, beliau dan seluruh rakyat mahukan penjelasan dari pihak-pihak berkenaan adakah maklumat itu benar atau sebaliknya.

"... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.

"Kami tidak menuduh Kor Risik terlibat tetapi minta pihak bertanggungjawab menjawab dakwaan ini memandangkan dakwaan yang dikemukakan adalah serius," katanya lagi.

Berhubung isu keselamatan menjelan PRU13 ini, Johari juga meminta Ketua Polis Negara dan Panglima ATM memberi sedikit ruang serta masa untuk bertemu pemimpin PR untuk memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan terus komited memastikan perkara seperi dakwaan ini tidak berlaku.

"Kami amat yakin polis, ATM, pemimpin-pemimpin politik dari mana-mana parti dan rakyat dapat bergabung mempertahankan negara demi masa depan negara yang lebih aman," ujarnya lagi.

Khairy nafi

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan pihaknya menerima apa-apa latihan Kor Risik ATM seperti yang didakwa.

“Tak betul... itu fitnah. Saya amat menghormati profesionalisme pihak ATM yang tidak terlibat langsung dalam politik terutamanya dalam melatih mana-mana ahli dalam parti sama ada Umno ataupun Barisan Nasional (BN)," katanya dipetik portal itu.
 
suara bertaut amat menyokong sepenuhnya keputusan Khairy... Memang betul katanya... ATM bhgn risikan bukan dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja sedemikian rupa....

Selasa, 9 April 2013

Biadap!! Abdullah Saamah Gelar Tuan Guru Nik Aziz 'Umat Syaitan'

Satu perhimpunan oleh sekumpulan guru sekolah pondok membuat ketetapan bahawa umat Islam haram mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana gabungan parti itu didakwa menyokong pluralisme agama.

Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik deklarasi berkenaan yang diumumkan oleh pengerusi persidangan tersebut, Harun Yahya.

Harun yang juga pemimpin kumpulan anti-PAS, Minda Pondok, dalam laporan itu berkata, peserta persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lainnya berpendapat, perjuangan Pakatan “sesat dan menyesatkan”.
“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong PAS, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah,” katanya seperti dikutip dalam laporan itu.

Laporan berkenaan tidak menyebut jumlah perwakilan yang hadir ke persidangan yang berlagsung sejak hari Sabtu di Gurun, Kedah.

Satu lagi laporan di halaman sama memetik kenyataan penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksud dengan fahaman parti.

Abdullah yang mengenakan serban berwarna merah dan baju merah jambu dalam gambar bersama laporan itu juga mendakwa golongan yang taksub dengan fahaman parti politik tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad.

“Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

“Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,” kata Abdullah Sa'amah seperti dipetik Utusan.

Bekas anggota PAS itu pada awal bulan ini mengunjungi bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu dan juga ke atas Umno.

"Kami juga yakin bahawasanya tidak ada perjuangan lain untuk keselamatan orang Melayu dan orang Islam melainkan bersama dengan Umno dan BN," katanya seperi dipetik dalam laporan Bernama. ~mkini

PRU13 : Dato Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Anwar Ibrahim


Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?


Isnin, 8 April 2013

Orang Umno Solat Tidak Mendapat Pahala? Ini Penjelasan Tuan Guru Nik Aziz


Oranng Umno solat tapi tidak mendapat pahala? Berikut pencerahan dari Tuan Guru Nik Aziz.. Saksikanlah video ini..

Sunday, April 7, 2013

Tahukah anda apakah pohon ini?

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c38.0.403.403/p403x403/66882_430251380394711_1878718888_n.jpg
✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.

Sedikit sejarah mengenainya…

✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c0.0.843.403/p843x403/36535_396495600436956_799848151_n.jpg
>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Sabtu, 6 April 2013

Selamat pagi...





Apa perasaan anda!!!!

PR Buktikan Lima Tahun Tanpa Rasuah Dan Penyelewengan Di Selangor

 
MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 04
KUALA LANGAT 6 APRIL : Rakyat Selangor diminta menilai sendiri keupayaan dan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh lima tahun ini.


MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 02Ini kerana menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PR membuktikan dalam tempoh lima tahun mentadbir Selangor bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa.
Malah, dakwaan Umno-BN ternyata salah apabila mengatakan Selangor akan bankrap di bawah pentadbiran PR.
“Simpanan negeri sebelum 2008 tak sampai RM 500 juta. Sekarang kita ada lebih RM 2.6 bilion. Keupayaan mentadbir jelas terbukti. Dari segi pelaburan dalam lima tahun ini, ia mencecah RM 50 bilion.
“Setakat ini, kita juga sudah peruntukkan lebih RM700 juta hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor ia sangat berbeza dengan pentadbiran sebelum ini.
MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 03“Konsep hasil negeri untuk rakyat kita laksanakan untuk beri peluang kepada rakyat menikmati limbahan kemakmuran tanpa kira ideologi politik,” katanya dalam ucapannya di Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.
Abdul Khalid menambah di bawah pentadbiran PR juga turut membawa perubahan kepada Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama melalui penyaluran peruntukkan sebanyak RM6 juta setahun berbanding pentadbiran sebelum 2008.
“Jika dahulu, walaupun Jabatan Agama Islam negeri yang menjaga Sekolah Agama Rakyat (SRA), tapi mereka (Umno-BN) tidak memberi peruntukan terus kepada SRA. Ramai anak-anak terasing.
“Kini di bawah PR, kita membuktikan bahawa kita tidak mengabaikan mereka, elaun guru sekolah agama kita naikkan dari RM700 kepada RM1,200 sebulan. Melalui pendidikan, jelas banyak usaha yang sudah dilakukan, permohonan kemasukan ke sekolah agama juga meningkat.
MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 01“Kita juga tidak membezakan pendidikan, semua jenis sekolah termasuk sekolah Cina, Tamil dan Islam kita bantu sebab kita percaya melalui pendidikan akan menentukan pembangunan negeri,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri itu, khususnya dapat memilih pemimpin yang mengutamakan rakyat bukannya hanya berkempen kebajikan menjelang pilihan raya.
“Bila tiba masa pilihanraya nanti, pilihlah siapa-siapa tetapi janganlah bergaduh, bergaduh itu memalukan. Kematangan perlu ada. Politik-politiklah tetapi jangan sampai pecahkan ruyung. Ini kes tidak betul.
” Tunjukkan tanggungjawab dalam agama untuk memilih orang yang betul. Tidak perlu mengoyakkan bendera atau menurunkan bendera parti mana-mana sekalipun, dengan cara itu kita boleh adakan pilihan raya dengan aman,” katanya.

Kerana Sikap Pengarah Sebegini Kerajaan BN Menerima Tempiasnya


Kerana sikap suka bermewah-mewah membuatkan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan isterinya dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam rasuah.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima dan empat tahun serta didenda RM2.5 juta oleh Mahkamah Seksyen semalam, selepas didapati bersalah atas kesalahan rasuah, Mac tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid turut mengarahkan pasangan itu, Noor Mohamed Khan Mohamad Maslan, 40 dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 32, menjalani hukuman setahun penjara lagi jika gagal membayar denda.

Beliau bagaimanapun membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.

Noor Mohamed Khan didapati bersalah bersubahat dengan isterinya yang juga pengurus akaun sebuah syarikat, menerima suapan sebanyak RM250,000.

Suapan itu daripada Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat pembekal peralatan forensik, Siaga Informatics Sdn Bhd, Mohd Shukri Othman, kerana kononnya Suraya Hani boleh membantu syarikat itu mendapat surat tawaran untuk mereka bentuk, memasang, menguji dan memulakan makmal forensik digital bagi SKMM.

Suraya pula didakwa menerima suapan berkenaan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat berkenaan di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/7, Subang Business Centre, Subang Jaya, pada jam 10.25 malam, 14 Mac tahun lalu.

M Bakri berkata, tertuduh pertama membabitkan isterinya dalam kesalahan itu sedangkan mereka sepatutnya memikirkan kesalahan dibuat sebelum didapati bersalah.

“Tertuduh pertama adalah kakitangan awam yang sepatutnya memberikan perkhidmatan tanpa mengharapkan ganjaran atau rasuah. Perbuatan tertuduh pertama dibantu tertuduh kedua, menjejaskan imej baik kakitangan awam.

“Mahkamah juga perlu memberikan hukuman lebih tinggi kepada tertuduh pertama kerana dia bertindak sebagai perancang dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, peguam Nasir Aziz yang mewakili kedua-dua tertuduh ketika merayu hukuman diringankan memberi alasan tertuduh pertama perlu menyara lapan anaknya hasil perkahwinan pertama dan ia kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wong Poi Yoke, berkata kedua-dua tertuduh mencemar nama baik SKMM.

Katanya, tujuan menubuhkan makmal forensik itu adalah untuk menyiasat kes.