
Adun Seberang
Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran
lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber
dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri
Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini
berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi
menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber,
Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat)
selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan
Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Ketika dihubungi, seorang pemimpin UMNO
dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana mengesahkan
berita ini.
"Comfirm.
Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja. "Tuanku murka dengan
ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau
serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi. Hari ini,

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di
Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan
terbang Kuala Terengganu (Gambar atas).
Dengan apa yang
berlaku sekarang, sumber UMNO itu berkata, UMNO mempunyai tiga pilihan untuk
dibuat. "Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang
kedua menukar MB kepada Adun yang lain. "Ketiga adalah UMNO membuat
kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia
Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri
Najib Razak, Presiden UMNO bagi menstabilkan kerajaan negeri.
UMNO mempunyai
17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1). 8 Mac lalu, bekas MB yang
juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun
ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong. Dua hari lepas, sumber
dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun UMNO akan menyertai Ahmad Said untuk
menjadi Adun Bebas. Ini menjadikan UMNO (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas
(3) dan PKR (1).
Jika kumpulan
Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri
Terengganu yang ada akan jatuh. Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu
ini. Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama UMNO untuk membentuk
kerajaan perpaduan di Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan