
Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan kes
Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat
bertindak,
lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.
lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai lakonan.
Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan, dan langsung tidak
prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan memaki hamun
kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa yang tidak
terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah
yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam memperkatakan
tragedi MH370.
Anwar sendiri, di dalam blognya langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi
terhadap MH370. Anwar terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari
publisiti. Anwar benar-benar kecewa apabila demonstrasi yang
dirancang semalam tidak menjadi mungkin kerana rakyat terlalu sibuk risaukan
MH370. Penafian Anwar yang beliau tidak pernah meliwat telah
ditenggelamkan berita tragedy tersebut.
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang beliau
bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau seorang
peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti berikut:
"Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas
Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan
hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa."
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan
liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar
paksaan. Sedangkan, Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.
Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba
menghalalkan liwat.
Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat, dan kononnya
tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi kenyataan akhbar
Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua penafian Anwar sekali gus,
diri Anwar sendiri ke dalam gaung.
Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen
mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.
Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai
'mengganggu' strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan rayuan
kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar apabila rakyat
terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan