KUCHING: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak kesal dengan tindakan pembangkang mempolitik dan memperbesarkan isu Makam Pahlawan Sarawak di Jalan Taman Budaya.
Pengarah JHEV Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata Makam Pahlawan Sarawak seharusnya tidak menjadi modal politik demi meraih undi.
“Pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik, sedangkan ketika usaha untuk membawa balik anggota tentera Sarawak yang gugur di perbatasan dahulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyumbang sebarang tenaga.
“Tindakan menyeret nama baik pahlawan-pahlawan negara dan memutar-belitkan fakta demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan mengabaikan serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan Malaysia,” katanya di sini.
Monday berkata makam berkenaan dibina khas untuk memberi penghormatan negara kepada 21 perwira berasal dari Sarawak yang gugur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan