Isnin, 18 Februari 2013

Askar cedera dalam kemalangan selepas berkelah


TUNGGU RAWATAN: Askar menerima rawatan di HUS setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.
TUNGGU RAWATAN: Askar menerima rawatan di HUS setelah terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.

KUCHING: Seorang askar dalam lingkungan usian 20-an mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dalam satu kemalangan di Kampung Rayu, sekitar 7 petang Sabtu.
Mangsa dikatakan berkelah di kampung tersebut bersama rakan-rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Dia yang mengalami kecederaan di dagu, lengan kiri dan kaki kiri seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Dalam kes berasingan, seorang remaja dari Batu 13, Jalan Matang turut terbabit dalam kemalangan di Kampung Rayu.
Mangsa yang dikatakan baru menghadiri majlis perkahwinan, keluar dari rumah sekitar jam 11 malam dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun mangsa hilang kawalan dan terjatuh dari motosikalnya.
Pengguna jalan raya yang kebetulan mengenali mangsa segera memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.
Ahli keluarga mangsa seterusnya membawa mangsa ke HUS untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan