Ahad, 1 Mei 2016

Pertelagahan PKR-DAP Beri Kelebihan Kepada PAS



KUALA TERENGGANU: Pertelagahan dalam Pakatan Harapan melibatkan sekutu DAP dan PKR boleh memberikan kelebihan PAS, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS berkata, akibat pertelingkahan itu, partinya yang tidak pernah menang di Sarawak sebelum ini kini yakin untuk menang sekurang-kurangnya dua kerusi negeri pada pilihan raya negeri 7 Mei ini.

"Kedua-dua parti yang bertanding dalam kawasan pilihan raya yang sama boleh memberikan manfaat kepada PAS. Ia akan memberikan sesuatu yang lebih positif untuk kita.

"Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya di dua kerusi dan mungkin lebih di kawasan lain, seperti di tempat di mana seorang bekas wakil DAP kini bertanding sebagai calon Bebas menentang DAP," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam amal pada malam Jumaat.

Abdul Hadi berkata, rakyat di Sarawak juga telah mula menerima PAS.

"Penerimaan daripada semua adalah baik sejak hari penamaan calon. Bukan sahaja umat Islam tetapi juga yang bukan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan