Isnin, 25 April 2016

DAP akan berperang dengan PAS di Miri.. #PRNSarawak







MIRI - Pertembungan diantara PAS dan DAP di Dun N74 Pujut dijangka akan memanaskan lagi kempen sepanjang pilihanraya negeri kali ini.

Calon PAS diletakkan dikawasan ini untuk menentang 3 lagi calon dari BN, DAP serta calon Bebas. Ini membuktikan bahawa perpecahan dikalangan Pakatan pembangkang semakin kronik bukan sahaja di semenanjung, tetapi juga kian menular ke Sarawak.

Walaupun sebelum ini DAP mendakwa mereka mempunyai hubungan baik dikalangan pembangkang, tetapi perebutan kawasan di Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini menunjukkan sebaliknya.

Sebelum ini PAS memutuskan untuk bertanding di beberapa kawasan pada PRN Sarawak untuk menentang DAP yang mereka dakwa bersikap besar kepala didalam Pakatan pembangkang.

Tindakan PAS ini mengundang kemarahan DAP serta menganggap PAS sudah berpaling tadah dan sudah 'dibeli' oleh Barisan Nasional. Mampukah PAS 'berperang' dengan DAP di PRN ini? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan