Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ini mesti kita dah baca
tentang satu tajuk di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada
penyait kronik bukan?
Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan
glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada
rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan
rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok
elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau
menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero
nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa
rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin
membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia
yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan
kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan
pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center
membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat
kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan
dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik
adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok
elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong
penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan
menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan
mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan