Jumaat, 22 Mac 2013

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) - TERBUKA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:

a.Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
              
-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Guru Siswazah)        
-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 (Guru Bukan Siswazah)
       
b.Pensyarah yang berkhidmat di politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
     
-Pegawai Pendidikan Pegajian Tinggi Gred DH41 Dan DH29
       
c.Jawatan-jawatan bukan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
        
-Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17        
-Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17        
-Penyelia Asrama Gred N17        
-Pembantu Pengurusan Murid Gred N17        
-Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17        
-Pembantu Makmal Gred C17


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI

Khamis, 21 Mac 2013

PERISIKAN TENTERA

Kenyataan ini diperolehi melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). "Ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.
Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk kegunaan operasi. 
 
Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun, pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu, diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis' malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan nyawa mereka sebagai sandaran.

Perlu ditegaskan bahawa dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak". Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta 'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang telah terbina sejak era melawan insurgensi.







Rabu, 20 Mac 2013

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa'

1. Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2. Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN
6. sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah;
- Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta
- lulus Bahasa Inggeris.
7. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.

Tarikh tutup 31 Mac 2013

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082 258045

Ahad, 17 Mac 2013

ADAKAH ROKOK ELEKTRONIK SELAMAT ?




Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ini mesti kita dah baca tentang satu tajuk di mana pengguna rokok elektronik terdedah kepada penyait kronik bukan?
Tapi walau bagaimanapun apa yang perlu tahu adakah vaping/rokok elektronik selamat?
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”



5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

wajib mempertahankan negara dari penceroboh



Islam Sendiri menyuruh umatnya mempertahankan negara daripada dicerobohi.sedangkan zaman rasulullah sendiri pun mengajak sahabat dan saudaranya berjuang mempertahankan negara Madinah daripada tentera Quaryis dan kaum musrikin.

Hukum ini jelas dinyatakan dalam firman Allah swt yang bermaksud:

"orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itula keamanan
dan mereka la yang mendapat pentunjuk" surah Al-Anaam ayat 82.

Menjaga keamanan dan keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.Jangan la kita memcaci atau mengutuk barisan ketenteraan kita kerana mereka mempunyaqi tanggungjawab yang besar..kita sebagai orang awam hendak la menyokong dan bersatu padu dalam mempertahankan negara tercinta ini.

Ayat di atas jelas menunjukkan kewajipan kita mempertahankan negara.jangan la ada lagi sesiapa menunding jari dengan orang lain ini kerana semua menjadi tanggunjawab kita sebagai warganegara walaupun berlainan bangsa,rupa dan agama.

Kita amat bersyukur kerana negara kita dikurniakan keamanan.rakayatnya bersatu padu.tidak seperti tempat saudara seislam kita yang lain.mereka ditindas dibunuh dirogol ditempat mereka sendiri.

Marila kita pandang kepada zaman sejarah kita dulu jangan la keamanan hari ini kita kecapi diambil kembali.
meskipun banyak percubaan luar untuk memporak-peranda kan negara kita dengan pelbagi fitnah tapi semua itu dapat disangkal.

Firman allah swt :

"diizinkan berperang bagi orang yang di perangi, sebab mereka telah dianayai,dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka." surah at haj ayat 39.

maksud ayat di atas wajib kita mempertahankan negara dan agama kita apabila kita diperang.Walaupun pelbagai taktik digunakan oleh penceroboh (tangkal) tapi dengan pertolongan allah semua itu dapat dihadapi.

sesungguhnya mereka benar-benar ingin berbuat jahat terhadap negara ini.oleh itu jangan la kita lalai terhadap perkara ini.bersesuaian dengan firman allah yang bermaksud:

"jika allah menolong kamu maka tidak sesiapa pun dapat menggalahkan kamu,Dan jika ia mengecewakan kamu maka siapaka yang dapat menolong kamu sesudah allah (menetapkan yang demikian ) dan (ingat la)
kepada allah juala hendaknya orang beriman itu menyerah diri" surah Al Imran ayat 160

Isu Sabah - Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie
KOTA BHARU- Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.

Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” nescaya pihak musuh akan kalah kelak.

TUDIAA !!! KOMANDO MALAYSIA BERJAYA SELINAP MASUK AIR BASE SINGAPORE TANPA DI KESAN ??




Malu sungguh Singapore apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Itu belum lagi yang dia orang siap berak , makan minum dan tenguk TV lagi dan tinggalkan seluar dalam kotor dalam almari komanden kem berkenaan. ini yang tak dilaporkan. ha ha ha...... sombong sangat ingat mereka hebat.

Sepatutnya Menteri Dalam Negeri juga perlu meletakkan jawatan. PAP punya malu tidak terkira sehingga mengarahkan DAP untuk menjatuhkan kredibiliti angkatan tentera kita pula. TOLONG SAMPAIKAN PESAN DARI KAMI WARGA MALAYSIA KEPADA LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM. JANGAN INGAT TENTERA SINGAPORE HEBAT SANGAT HINGGAKAN KAMI TAKUT DENGAN MEREKA . JANGAN DI BANGUNKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: Sesuatu yang kita perlu banggakan dan Perkuatkan!

"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck. The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag. Several Singapire officers resigned oe were reassigned or demoted. The major who carried it out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.


Bangga aku mendengar apabila Singapura diceroboh oleh Pasukan Komando Malaysia yyang memang sentiasa melakukan operasi Hitam untuk memperkukuhkan ketahanan Nasional National Resilent Negara. Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Negara SINGAPURA itu yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia lah MERUPAKAN pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu declare bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali PASUKAN MALAYSIA. Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani KAWAN dan LAWAN. Keberanian pasukan tentera Malaysia tidak dapat dinafikan di dalam misi menyelamat Pasukan RANGER Amerika Syarikat di Mogadishu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami cedera yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apanila mereka berani bergerak ke kawasan COMBAT ZONE dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura Menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sama sekali untuk melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan dan sejarah yang sangat cemerlang di dalam peperangan . Latihan Ketenteraan adalah amat kerap dilakukan oleh Pasukan Ketenteraan Malaysia dengan menggabungkan DARAT, LAUT DAN UDARA. Sesungguhnya, askar darat kita pernah melakukan terjunan daripada Kapal Terbang / jet Pasukan Tentera Udara dan Pasukan Elit Komando Tentera Darat bersama-sama menyelam dan menggunakan Bot-bot dan kapal laut Angkatan Laut Malaysia.

Belum menceritakan detik-detik apabila askar-askar Singapura masuk ke dalam hutan tebal di Malaysia. Sememangnya Askar Malaysia sangat suka akan HUTAN TEBAL Tropika yang akan menjadi kubu kuat ATM dan menjadi mimpi ngeri bagi pasukan darat Singapura. Harimau mengaum di sana!

Banyak lagi kelebihan tentera Malaysia ada berbanding Singapura dengan kekuatan yang sukar diramalkan bagi pihak Malaysia yang mempunyai kekuatan Jet Pejuang F18 super-HORNET dan Sukhoi yang boleh memusnahkan Sistem Pertahanan Singapura pada bila-bila masa , sementelahah menunggu jet-jet pejuang Singapura yang diTAPAKKAN di negara-negara luar seperti di Australia, Amerika syarikat dan sebagainya....

Sesungguhnya askar-askar Singapura meskipun dilatih oleh Negara Israel , hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah YOUNG OFFICER yang tiada pengalaman peperangan. ......Berbeza dengan Malaysia....yang sanggup berkorban nyawa dan badan...Hakikatnya Singapura dipertahankan oleh Askar Melayu Diraja Malaysia, Leftenan Adnan Saidin...

Isnin, 11 Mac 2013

Sekolah Di Lahad Datu Dan Semporna Dibuka Semula

lahad datu
LAHAD DATU,11/3/2013 -  54 sekolah lima di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula pada Isnin selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Shamsuddin Mat berkata lima sekolah yang dibuka di Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.
“Hanya 3 sekolah di Lahad Datu yang belum dibuka iaitu SK Lok Buani, SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian kerana berada dalam kawasan zon merah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Tinjauan Bernama di SK Sahabat 4 di sini mendapati kehadiran pelajar terlalu sedikit berikutan ada ibu bapa tidak mengetahui bahawa sekolah telah dibuka semula.
“Kira-kira 80 murid dan 10 guru hadir hari ini,” kata Penolong Kanan 1 SK Sahabat 4 Mohamad Ostad Ulang dan memberitahu sekolah itu mempunyai 373 murid dan 29 guru.
Di SEMPORNA, keadaan sama berlaku di SK Simunul apabila hanya kira-kira 200 murid hadir pada sesi pagi pada Isnin.
Guru Besar sekolah Sarudah Arun berkata SK Simunul yang melaksanakan persekolahan dua sesi mempunyai 1,321 murid. Sekolah itu ditutup 4 Mac berikutan kejadian serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas yang mengorbankan enam anggota polis dan enam penceroboh militan.
Sarudah berkata ekoran insiden itu 30 daripada 81 guru memohon cuti berganti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Jumaat, 1 Mac 2013

PUSAT TUISYEN AKAL BUDI

PUSAT TUISYEN AKAL BUDI (AB) is situated at Batu 9 3/4 Cheras, 7KM from Kuala Lumpur. It has established itself to serve the community within the area. AB is an established education centre major in Primary School education. We commit to provide a systematic and effective tuition programme and the best possible tuition environment. In line with its expansion programme, AB is inviting ambitious, dynamic person outstanding individuals who are passionate and committed to educational excellence to join our dynamic team!
Primary Tuition Teacher
MYR 800 - 2000 +EPF+Sosco+Hostel+REWARDS
Cheras (Selangor) - Taman Cheras Perdana
Requirements:
  • Candidate must possess at least SPM or Higher
  • We offer Full / Part-Time /  Contract positions
  • Required skills: committed, energetic, resourceful.
  • Required languages: English, Bahasa Malaysia & Chinese.
  • Preferably single Chinese candidates.
  • Preferably age between 18 to 28.
  • Seriously consider teaching as her career.
  • Must enjoy working with children (6 ~ 12 years old).
  • Applicants must be willing to work in Cheras, KL
  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.
  • Few positions available.
  • Hostel Provided
  • Monthly Salary : RM800 to RM2000
  • We offer a competitive remuneration package, attractive benefits inclusive of EPF contribution, SOCSO, medical coverage, hostel, REWARDS and year-end bonus.

Interested candidates are required to apply ONLINE at Jobstreet.com or write-in with your complete detailed resume together with a passport sized photograph ( n.r ) to :
 
PUSAT TUISYEN AKAL BUDI
14 & 14A, CP6/50 Cheras Perdana,
Batu 9 Cheras, Kajang Selangor 43200
Fax: 60-03-9075 1970 / SMS: 012-345 3525 (Miss Wai)