Isnin, 18 Februari 2013

Jangan Politikkan Makam Pahlawan

KUCHING: Jabatan Hal Ehw­al Veteran (JHEV) Sarawak kesal dengan tindakan pem­bangkang mempolitik dan memperbesarkan isu Makam Pahlawan Sarawak di Jalan Taman Budaya.
Pengarah JHEV Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid berkata Makam Pahla­wan Sarawak seharusnya tidak menjadi modal politik demi meraih undi.
“Pihak pembangkang sen­gaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik, sedangkan ketika usaha untuk membawa balik anggota tentera Sarawak yang gugur di perbatasan da­hulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyum­bang sebarang tenaga.
“Tindakan menyeret nama baik pahlawan-pahlawan ne­gara dan memutar-belitkan fakta demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan menga­baikan serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan Malay­sia,” katanya di sini.
Monday berkata makam berkenaan dibina khas un­tuk memberi penghormatan negara kepada 21 perwira berasal dari Sarawak yang gu­gur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan