Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut manakala tiga anggota keluarganya cedera parah, dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan tiga kereta di KM 271.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang semalam.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Wafiq Fitri Walilah manakala bapanya, Walilah Karim, 40 tahun, ibunya, Sri Yulianty Mukhtaruddin, 34 tahun, adiknya, Puteri Wafiqah, 2 tahun, yang duduk di pangkuan ibunya, cedera parah.
Kemalangan kira-kira pukul 6.10 petang itu turut mengakibatkan kesesakan sejauh kira-kira 10 kilometer.
Selasa, 25 April 2017
Agong Hadir Majlis Santapanempena Pertabalan
KUALA LUMPUR, 24 April - Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara di sini, malam tadi.
Selain Raja-raja Melayu, majlis santapan itu turut dihadiri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri kabinet, duta-duta asing serta para pegawai kanan kerajaan juga menghadiri majlis itu.
Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian artis tempatan termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Andre Goh yang diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Seri Paduka dan para hadirin turut menyaksikan persembahan dikir barat yang diterajui Halim Yazid serta tarian kebudayaan anak-anak Permata Seni dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Sultan Muhammad V, 47, ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis 2016.

Langgan:
Catatan (Atom)