Khamis, 12 Mei 2016

Majlis Raja-Raja ucap takziah kepada keluarga nahas helikopter


KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga mangsa nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis lepas.

Ucapan berkenaan dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di sini semalam.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja turut bersedih dengan kejadian yang berlaku dan berdoa serta berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah menghadapinya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak diwakili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan