KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa sahkan K Devan sudah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih sejak beberapa minggu lalu.
Annuar, selaku Presiden KAFA mengucapkan terima kasih kepada Devan kerana khidmat diberikan sebelum ini "Jurulatih TRW K Devan meletakkan jawatan setelah berbincang dengan KAFA sejak beberapa minggu lalu.
Kita mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat beliau. "Devan seorang yang dedikasi dan jujur. Kedatangannya ke Kelantan dengan ikhlas mahu cuba membantu dengan terma yang paling ringan.
"Beliau juga mengundur diri secara baik dan penuh hormat selepas beliau secara peribadi merasakan beliau telah berusaha sebaik mungkin," kata Annuar menerusi entri terbaru di Facebooknya sebentar tadi.