Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan upacara yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur..
Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.