Sabtu, 14 Mac 2015

PM lancar Pusat Kajian Pondok


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini merasmikan penubuhan Pusat Kajian Pondok (PKP) di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam satu majlis yang berlangsung di TH Hotel & Convention Centre.

PKP yang telah beroperasi sejak 1 Mac lalu akan bertanggungjawab menjalankan kajian lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara.
Susulan perasmian itu juga, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok (YPPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, telah dilantik sebagai Pengarah PKP yang pertama.
Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KUIN dan YPPM untuk menjalinkan kerjasama strategik bagi membela dan memperkasa pembangunan intitusi pondok di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan