Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, sekiranya pemindahan berlaku, DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat mampu menidakkan hubungan mereka MBI sekaligus menyebabkan aset tersebut berpindah milik dengan mudah.
Sekiranya semua aset MBI berpindah dan diuruskan oleh DEIG dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI.
Beliau berkata demikian semasa Program Penerangan Khas Isu DEIG di Bangunan Umno Selangor di sini pada Khamis.
Sebelum ini, beberapa Adun termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.