Seorang warga emas maut selepas dirempuh
sebuah kereta di KM58 Jalan Kota Baharu-Gua
Musang
berhampiran Kampung Keroh, Kuala Krai, awal pagi semalaml.
Kejadian pada jam 6.45 pagi, Mohd Razali Awang Besar, 63, dari FELDA
Kemahang, Tanah Merah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di
kepala.
Ketua
Polis Daerah Kuala Krai Supt Ab Rahim Che Ghani berkata mangsa dirempuh sebuah
kereta Proton Wira ketika sedang menyeberangi jalan untuk menaiki sebuah bas,
sebaik selesai menunaikan solat Subuh di sebuah masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan